APA NAK JADI DENGAN AKU NI…

September 28, 2007

Pejam celik, pejam celik bulan Ramadhan dah pun melepasi 15 hari… Huhuhu… aku agak ‘kecewa’ dengan prestasi aku minggu ni. Banyak sangat tiduuuur. Aku pun tak tau kenapa kuantiti tidur aku melampau – lampau sekarang ni. Nak kata aku stress, aku sihat je emosi (pada pandangan aku la). Makan banyak sangat kot. Puas aku psycho diri supaya tak tidur lepas subuh tapi aku gagal gak. Kalau baca buku, setengah jam pastu mesti buku pulak yang akan baca aku. Nak basuh kain..emm, tapi itu belum dapat sepenuhnya menjadi ‘booster’ untuk aku tak terlelap sampai jam 10 pagi. huhuhu.. Aku kena cepat cari penyelesaian bagi masalah tidur aku. Tapi aku belum buntu lagi untuk mencari jalan mengatasi masalah ini, aku pasti dan aku yakin aku bakal berjaya mengatasi masalah ni. Esok aku akan try lagi untuk berusaha mengakhiri ‘ketagihan’ aku tidur banyak2 ni.

Ya ALLAH do please help me…

AKU DAN CITA – CITA KU…

September 17, 2007

“Cikgu nak hari ni kamu isi kad ni,” sambil cikgu menjulang kad warna kuning – kuning air. (seingat aku la)

Dalam kad tu ada part yang kita kena isi bab cita – cita. huhuhu… kelakar lah. Dulu – dulu masa aku di sekolah rendah, seingat ingatan aku yang ‘berkarat’ ini, aku pernah isi ruang cita – cita tu untuk jadi pramugari, cikgu, ustazah, guru besar pun ada, dan doktor pun termasuk dalam senarai. Hahaha… tapi aku bersyukur aku tak jadi pramugari. Tang dosa tak mampu den nak dukung. Itulah aku di saat sekolah rendah. Naik sekolah menengah aku dah start set cita – cita yang statusnya agak ‘popular’ (Ye ke? – pada  aku lah). aku target nak jadi jurutera atau arkitek atau akauntan. Emm… masih takda pendirian yang kukuh dan padu time tu. pilih ikut kehendak semasa gak. Ikut taste. Time tu yang pastinya aku ‘cari’ cita – cita yang bakal menjanjikan masa hadapan yang cerah, kaya, ada duit, rumah besar, kereta merce dan hidup senang, nyaman dan tenteram. Pastinya mak dan abah tak perlu kerja lagi.

Bila melangkah ke tingkatan 4 dan 5, aku dah join sekolah teknik, amik kursus pengajian kejuruteraan awam lagi. so, kalau dikira – kira pastinya aku bercita – cita nak masuk kerjaya jurutera awam atau in english-engineer. Syoknya rasa macam dh terbayang – bayang keja masa depan. Pastu, masuk diploma, aku pun pilih kursus diploma teknologi kejuruteraan awam-lagi lah mengukuhkan stand aku untuk jadi jurutera. 3 tahun bertungkus lumus, akhirnya aku genggam segulung diploma. ALHAMDULILLAH.

Tapi… Kita takkan pernah dapat ‘baca’ takdir yang ALLAH SWT tetapkan untuk diri kita. Takdir NYA penuh misteri.Tengok – tengok hari ni aku berada di UTM, sambung degree untuk jadi arkitek landskap. Jurusan yang aku cita – cita kan sewaktu aku di darjah satu, arkitek dengan arkitek landskap dah dekat – dekat tu. Tapi yang pastinya bila aku join course ni, aku jadi makin DEKAT DENGAN TUHAN – sebabnya… biar ALLAH dan aku je lah yang tahu.
Aku selalu terfikir kalau aku bukan di UTM – sambung study di sini, di mana ya agaknya ALLAH akan ‘utuskan’ aku.  Namun aku terlalu bersyukur aku diberi kesempatan masa untuk ‘menjerumuskan’ diri dalam kancah perjuangan sebagai student dan pejuang untuk sekian kalinya.

Dan kali ini cita – cita aku bertukar lagi, aku dah tak boleh fikir untuk diri sendiri sahaja, sebab aku ada ‘TANGGUNGJAWAB’ dan ‘AMANAH’ yang lebih besar berbanding memenuhkan kantung aku semata – mata.

“MENANG ATAU MATI”

PEPERANGAN INI…

September 13, 2007

1 Ramadhan  telah menjengahkan ‘dirinya’  dan aku dapat rasakan sepertinya Ramadhan kali ini GEMBIRA, NYAMAN dan TERLALU ISTIMEWA walaupun aku tak dapat celebrate 1 Ramadhan dengan mak dan abah. Aku pun tak tahu kenapa aku merasakan sedemikian tapi pastinya akan aku ‘cari’ hikmah di sebaliknya.  Macam – macam ‘program’ yang telah aku seting dalam minda ni, harap – harapnya aku mampu mengharungi Ramadhan kali ini  seperti yang telah di planning. ‘IF YOU FAIL TO PLAN, YOU ARE PLANNING TO FAIL’. Kadang – kadang aku ni fail betul bila tiba bab planning, cacamerba…

Seperti yang aku katakan tadi, Ramadhan kali ini terlalu istimewa dan akan aku raikan kedatangannya sebaik mungkin. Tapi sebenarnya Ramadhan kali ini adalah satu medan peperangan ‘khususi’ untuk diri aku sendiri kerana sekarang ini jiwa aku sedang berhadapan dengan peperangan melawan nafsu dan akal logika – Peperangan  untuk  melawan ‘jejak – jejak’  tinggalan  syaitan  pun turut bermula. Damn… I hate when my feeling is ’scattered’ everywhere. Emm, pandang kanan tak kena, pandang kiri pun tak kena. Jadinya tu la, kan Allah dah ‘pesan’ – Tundukkan pandangan untuk jaga hati dan mata dari berfikir dan melihat perkara tak senonoh. Aku tak mahu tewas dalam perjuangan menghadapi dunia, kerana aku mahu kutip ‘hasil’nya di akhirat nan abadi.

SUBHANALLAH… YA ALLAH, AKU tiada daya upaya dan kekuatan menghadapi satu – satu ujian tanpa ‘bimbingan – MU’. Jangan ‘tingalkan’ diriku YA Allah.

SALAM RAMADHAN 1428 H

September 10, 2007

Ramadhan bakal menjelang tiba tak berapa lama lagi… Sekejap rasanya putaran masa tahun Hijriah dan kita bertemu kembali dengan Ramadhan. Kali ini RAMADHAN 1428 H. Persediaan ke arah itu aku masih belum buat lagi. Emmm… apa nak jadi dengan aku ni. Buku2 atau laman web tentang Ramadhan belum fully aku visit. Telekung baru tak cuci lagi, Niat bulan Ramadhan pun aku tak revisi lagi. Sedihnya tengok akhlaq diri sendiri untuk menhdapi Ramadhan. Sedangkan Rasulullah S.A.W dulu, ternanti-nanti kedatangan Ramadhan dan menangis apabila ‘ia’ pegi.

Persoalannya, ADAKAH AKU, ENGKAU ATAU KITA AKAN BEGITU?

Kenapa ya kadangkala kita ghairah menuju Syawal, dengan melangkaui Ramadhan Al-Mubarak. Bahang Aidilfitri lebih dahulu terasa berbanding dakapan Ramadhan. Salah siapa agaknya andai masyarakat kita hari ini nak sangat Ramadhan cepat habis dan raikan Syawal. Salah siapa agaknya bila anak-anak muda (aku ambil sample classmate ku) yang kata dah lama tak solat Terawih, kali terakhir pergi masa tahun satu di UTM. Alasannya, malas….. Salah siapa agaknya, kalau natijah Ramadhan untuk merasai kesusahan orang-orang fakir dan miskin tak sampai ke sanubari kita sebab kita rasa kita berlapar sekejap sahaja, then kita berbuka dengan memenuhkan kantung perut dengan makanan dan nafsu.

Semalam aku ke JJ, tengok kat rak depa, hamper-hamper untuk Lebaran dah siap untuk dijual. Dahsyat… JJ dah mula ‘psycho’ kita dengan Hari Raya. Aku agak terkejut, tapi nak buat macam mana ye? Diaorang kan nak kejar untung. dan kita dengan tak sengaja juga join ‘rally’ diaorang. Aku la tu…

Tapi yang pastinya aku berdoa agar aku diizinkan untu dapat utilize Ramadhan tahun ini. Perbaiki Ramadhan yang lepas-lepas

I trully hope that this year around I can UPGRADE MY DEEDS. Dan hanya ALLAH yang tahu betapa RUHIYYAH AKU TAK SECANTIK ZAHIRNYA. AKU SEDIH DENGAN AKHLAQ AKU 11 BULAN YANG LALU.

SALAM RAMADHAN 1428 H…

It is the 9 September 2007 now and it has been 4 days after my birthday (5 September). I am getting older. But am I getting older of my physical, emotional or knowledge? Emm, supposed to be, people or person who are getting older will be much more wiser and full of knowledge, a person to be as a reference in time in need, and MUST BE  A BETTER PERSON THAN YESTERDAY.

Well,  am I in that position right now?

As I start thinking of my deeds for the past few days I am really dissapointed with my ‘performance’.

But, I cannot easily give up… I must try harder to be one of THE BEST MUSLIMAH. The month of Ramadhan is coming soon and it is an advantage for me to ‘wash of’ the dirt, to retrospect my life and to ‘celebrate’ the whole month with ibadahs that I have been ignoring for the past of 11 months.

YA ALLAH, Do please help me to ’survive’ through this world of bala’, I am moving towards your GARDEN OF PARADISE. But the first priority is actually TO HAVE YOUR LOVE AND REDHA.

P/S : I am afraid again that I am just saying without doing… YA ALLAH, May I am not in that ‘group’

INGAT INGAT!!!

September 4, 2007

Ingatkan SAYA supaya Ingatkan AWAK supaya tak lupakan SAYA.                                                             Kalau AWAK lupa, SAYA ingatkan AWAK supaya ingatkan SAYA untuk ingatkan AWAK supaya AWAK TAK LUPAKAN SAYA…                                                                                                                                                   Dan INGATKAN SAYA Bahawa PERJUANGAN INI MASIH JAUH dan SUKAR!!!

Harukagetsu

September 3, 2007

SUDAHKAH….

September 3, 2007

Assalamualaikum… Posting kedua aku selepas ‘menjerumuskan’ diri sendiri ke dalam kancah penulisan blog (tapi aku menukil dengan keadaan waras, tak mau jadi MONYET). Hehe…bukan malas, tapi kesibukan studio benar-benar menguji fizikal, mental dan ruhiyyah aku. Tak boleh nak komen lebih-lebih sebab aku yang memilih kursus senibina landskap ini. So, I must bare the mehnah dan tribulasi. Semoga aku mampu jadi insan yang tabah dan bersyukur.

Ditakdirkan hari ini aku ‘terbaca’ bukuAL-SYAHID SAYYID QUTB dan ABU’L A’LA AL-MAUDUDI, MANHAJ HIDUP MUSLIM. Terbaca satu petikan yang semestinya menimbulkan pertanyaan kepada diri aku sendiri.

“Penghambaan diri kepada ALLAH. Hal pertama yang anda pelajari dari kalimah ini adalah bahawa anda adalah BUDAK DARI ALLAH dan BUKAN budak dari siapa pun yang lain…(dan seterusnya)  

Bila dibaca berulang kali, nyata aku bukan BUDAK SURUHAN yang betul-betul menghambakan diriku secara total kepada penghambaan ALLAH SWT. Berapa banyak kecurangan yang saban waktu aku lakukan tanpa sedar atau dengan kemahuan sendiri. Kalau kita tengok cerita Labu Labi mesti kita perasan yang Labu dan Labi ni ‘taat’ tanpa banyak soal dengan Tn Haji Bakhil, disuruh buat kerja, mereka buat. Disuruh ketuk ketampi diaorang gerenti turut, walau ada juga ‘complain’. Bagus kan? bukan nak kata ‘ketaatan’ mereka bagus. Tapi bagi aku, personal opinion-mereka buat seperti apa yang diperintahkan. Bukan nak suruh taat manusia, tapi kalau sifat ketaatan seumpama itu mampu kita aplikasikan dalam kehidupan sebagai MUSLIM-TAAT SECARA TOTAL KEPADA PERINTAH ALLAH & RASULULLAH. Gerenti hidup manusia aman dan sentosa.

SAMBUNGAN PETIKAN TADI “Setelah mengetahui hal ini, maka secara langsung anda akan mengerti bahawa di dunia ini anda harus berbuat sesuai dengan kehendak DIA yang menjadi TUAN dan PEMILIK anda. Kerana bila anda berbuat bertentangan dengan kehendakNYA, bererti anda telah memberontak terhadapNYA”.

Apalagi yang mampu aku tanyakan,

“SUDAHKAH AKU MENJADI BUDAK YANG TAAT KEPADA TUANNYA????”