AKU DAN CITA – CITA KU…
“Cikgu nak hari ni kamu isi kad ni,” sambil cikgu menjulang kad warna kuning – kuning air. (seingat aku la)
Dalam kad tu ada part yang kita kena isi bab cita – cita. huhuhu… kelakar lah. Dulu – dulu masa aku di sekolah rendah, seingat ingatan aku yang ‘berkarat’ ini, aku pernah isi ruang cita – cita tu untuk jadi pramugari, cikgu, ustazah, guru besar pun ada, dan doktor pun termasuk dalam senarai. Hahaha… tapi aku bersyukur aku tak jadi pramugari. Tang dosa tak mampu den nak dukung. Itulah aku di saat sekolah rendah. Naik sekolah menengah aku dah start set cita – cita yang statusnya agak ‘popular’ (Ye ke? – pada aku lah). aku target nak jadi jurutera atau arkitek atau akauntan. Emm… masih takda pendirian yang kukuh dan padu time tu. pilih ikut kehendak semasa gak. Ikut taste. Time tu yang pastinya aku ‘cari’ cita – cita yang bakal menjanjikan masa hadapan yang cerah, kaya, ada duit, rumah besar, kereta merce dan hidup senang, nyaman dan tenteram. Pastinya mak dan abah tak perlu kerja lagi.
Bila melangkah ke tingkatan 4 dan 5, aku dah join sekolah teknik, amik kursus pengajian kejuruteraan awam lagi. so, kalau dikira – kira pastinya aku bercita – cita nak masuk kerjaya jurutera awam atau in english-engineer. Syoknya rasa macam dh terbayang – bayang keja masa depan. Pastu, masuk diploma, aku pun pilih kursus diploma teknologi kejuruteraan awam-lagi lah mengukuhkan stand aku untuk jadi jurutera. 3 tahun bertungkus lumus, akhirnya aku genggam segulung diploma. ALHAMDULILLAH.
Tapi… Kita takkan pernah dapat ‘baca’ takdir yang ALLAH SWT tetapkan untuk diri kita. Takdir NYA penuh misteri.Tengok – tengok hari ni aku berada di UTM, sambung degree untuk jadi arkitek landskap. Jurusan yang aku cita – cita kan sewaktu aku di darjah satu, arkitek dengan arkitek landskap dah dekat – dekat tu. Tapi yang pastinya bila aku join course ni, aku jadi makin DEKAT DENGAN TUHAN – sebabnya… biar ALLAH dan aku je lah yang tahu.
Aku selalu terfikir kalau aku bukan di UTM – sambung study di sini, di mana ya agaknya ALLAH akan ‘utuskan’ aku. Namun aku terlalu bersyukur aku diberi kesempatan masa untuk ‘menjerumuskan’ diri dalam kancah perjuangan sebagai student dan pejuang untuk sekian kalinya.
Dan kali ini cita – cita aku bertukar lagi, aku dah tak boleh fikir untuk diri sendiri sahaja, sebab aku ada ‘TANGGUNGJAWAB’ dan ‘AMANAH’ yang lebih besar berbanding memenuhkan kantung aku semata – mata.
“MENANG ATAU MATI”
March 11, 2008 at 2:12 pm
askum..nk tnye skt..bez x kos snibina lndskap..blja pe je?? ssh x?? klu ble reply cpt ye..tq 4 ur cooperation
July 1, 2008 at 8:37 am
bagus la awk dpt dktkn diri ngan tuhan… sy pun da grad diploma kos kejuruteraan…tp mekanikal..hehe…
pas ni nk smbung dkt unikl lak…