GERHANA DI HATI

October 4, 2007

Ramadhan bakal pergi tak lama lagi. Hari ni dah 4 Oktober, 22 RAMADHAN 1428 H. Emm… tak lama lagi nak masuk Aidilfitri. Aku rasa sunggh malu dengan keadaan diri sendiri yang sepertinya tak ‘perform’ dengan best sekali pada Ramadhan kali ni. Besar hajat nak kejar Lailatulqadar, puasa nafsu & zahir dan usaha nak capai puasa tahap orang-orang alim. Arghhh…banyak angan-angan aku ni.

Tapi aku ada balance 8 hari lagi nak perbaiki diri, aku tak boleh putus asa dengan keadaan diri yang tak menentu sekarang ni kerana pastinya dalamm keadaan cacamerba ini pastinya ada satu makhluk yang akan start menghasut diri supaya lari jauh dari dakapan ALLAH dan ISLAM.

Aku kena optimis, dan yakin pastinya ada jalan penyelesaian kepada gerhana dalam diri aku ni. Aku takkan putus membaiki akhlaqku, jiwa, iman dan sebagainya.

Ya ALLAH, doronglah diriku untuk mengejar CINTA DAN REDHA MU. Andai aku lupa, tegurlah diriku agar jalan yang ku telusuri adalah jalan yang benar-benar KAU redhai.

AKU AKAN TERUS IKHTIAR

Leave a Reply