LAMA KU TINGGALKAN ATAU AKU YG TERTINGGAL
November 16, 2007
Emmm… lama sungguh aku tinggalkan weblog aku ni. Bukan tak rindu untuk menulis tapi aku terhalang dengan kerja-kerja studio yang sering tak bertepi. Aku sungguh terkilan tak dapat nak ‘istiqamah’ meng’update’ blog aku yg satu ni. Huhuhu…sedih. macammana aku nak laksanakan cita-cita aku untuk terjun dalam bidang penulisan kalau yang semudah ini pun aku tak terdaya. huahuahua… tapi tak pa aku pasti bole…
Tiba-tiba aku terkenangkan KUiTTHO tersayang, dah hampir 3 tahun juga aku meninggalkan tempat yang banyak ‘memperkenalkan’ kepada diriku erti sebuah kehidupan. Bukan aku tak pernah ‘hidup’ sebelum ini, tapi rasanya kenangan – kenangan sepanjang mengaji di sana banya, terlalu banyak mengajar aku untk tabah dan terus tabah.
Kini, di UTM kehidupan bertambah lah mencabar. Aku dicabar dan tercabar dengan keadaan diri aku sendiri. Masuk ke dalam bidang yang penat nya ‘extra superb’. teringat Puan Syakilah pernah cakap, “Dalam banyak – banyak kursus pengajian di universiti, kursus kejuruteraan dan perubatan lah yang paling sibuk”… Dia ‘guru’ aku, tapi aku nak nafikan statement tu sebab kursus ‘landscape architecture’ ni aku rasa dan alami.. HANYA ALLAH SWT YG LEBIH MENGETAHUI PERIH PEDIHNYA DUDUK DALAM KASUT ARKITEK LANDSKAP NI… The race against time is extremely crutial. Ada masa keputus asa an itu hinggap dan tak mahu terbang pergi. Oooh… sakitnya. Kadang – kadang aku kepingin menoktahkan segala – galanya di sini, CUKUUUP… Aku tak kuat. Kadang – kadang aku akan mula berfikir yang bukan – bukan tentang kehidupan dan akhir kesudahan aku, AKU NAK CEPAT – CEPAT TINGGALKAN SEMUA INI. Azabnya…
TAPI
Bila aku fikir kan semula, AKU TERLALU BERSYUKUR BERADA DALAM SITUASI INI. Hati ku tambah dekat, tambah ingat akan ALLAH. AKU TERLALU BERSYUKUR AKU SEORANG MUSLIM KERANA DENGAN ACUAN IMAN ITULAH – YANG MEMBENDUNG AKU DARI BUAT BENDA YANG PELIK – PELIK. DENGAN IMAN AKU RASIONALKAN DIRI DAN MOTIVASIKAN PEMIKIRAN YANG KUSUT MASAI MACAM RAMBUT SANG PERAWAN DARA BANGKIT DARI SUBUH YANG GELITA. NAMUN, PASTINYA IMAN BUKAN DATANG DENGAN MUDAH, BUKAN BERHEMBUS SEPERTI BAYU LAUTAN HINDI – SEMUANYA PERLUKAN IKHTIAR DAN PENCARIAN.
PENCARIAN HIDUP UNTUK MENCARI ‘TEMAN DAERAH TINGGI’. KEKASIH YANG PALING HAMPIR, WALAU KADANGKALA KITA MENAFIKAN ‘KEHAMPIRAN-NYA’.
YA ALLAH…