SEPINYA…

November 19, 2007

Akhirnya semester 1 sesi 2007/2008 bakal melabuhkan tirainya dan ALHAMDULILLAH aku dah submit minor project aku pagi tadi. Syukurnya dah lapang dah kepala otak aku untuk semester ini. Tinggal menanti ‘kehadiran’ 3 semester penuh misteri dan dah confirm penuh cabaran yang bakal aku hadapi sebelum aku grad dari UTM ni. Fuhhh…. Releks dulu, jangan diserabuti fikiran ini dengan masa hadapan yang belum nyata dan pasti. Buat sakit kepala dan hati sahaja.

Emm… dalam kegembiraan dah tamat semester ni tiba – tiba aku jadi ‘rindu’ pada suasana kesibukan kerja – kerja studio yang separa mengancam nyawa. Bergebang sampai pagi dan hidup pun dah jadi macam keluang – keluar malam balik pagi. Entahlah, itulah sifat manusia tak pernah puas dan rasa bersyukur dengan nikmat yang telah, sedang dan akan dialami. Kita selalu imagine yang diri kita tahu segalanya tentang diri kita, bajet bagus – macam Furqan (watak dalam Bila Cinta Bertasbih – episod 1). Tapi kita lupa yang ZAT MAHA AGUNG Lagi dekat dengan kita dan lagi MAHA MENGETAHUI tentang kita. Manusia, manusia… bila ya kau akan mengenal erti puas?

Aku berdoa dan berharap semoga aku tidak tergolong dalam golongan yang KUFUR nikmat ALLAH.

Mintak dijauhkan

Leave a Reply