Who Moved My Cheese?

February 14, 2008

Emm… aku suka baca buku sampai sorang kakak senior cemburu. hehe.. Aku bukanlah reviewer buku yang bagus tapi terdetik kali ni nak mengulas buku

‘Who Moved My Cheese?’ tulisan DR JOHNSON SPENCER.

Buku ni isinya macam bercerita untuk budak-budak sebab cerita tentang tikus dan ‘Littlepeople’ tapi beyond of it yang sepatutnya memberi kesan kepada para pembaca budiman. Bukunya pun nipis je jadi tak jadi masalah untuk habiskan satu hari tapi penghayatan tu sendiri yang mahal untuk didapati daripada buku macam ni.

Aku berkenalan dengan buku ni dari Serena Williams, hehe… Serena Williams bintang tennis US tu. Bukan jumpa dia face to face, tapi dia sendiri yang telah mengulas buku ini serta bagaimana buku ini banyak membantunya mengatasi impak apabila dia putus cinta dengan kekasihnya. Mujarab katanya mengatasi depresi yang berlaku kepadanya (takpalah, aku ada ALLAH – ‘PENGHAPUS SEGALA DEPRESI KEHIDUPAN’).

Aku tak mau cerita tentang buku ni, tapi cukuplah sekadar aku syorkan kepada siapa-siapa yang berminat atau mempunyai hobi membaca, carilah buku ‘Who Moved My Cheese?’, buku motivasi dengan gaya yang tersendiri.

Tapi pada pandangan aku (terhadap buku ni), aku terikir. MAMPUKAH AKU JADI TIKUS-TIKUS TU. Aku masih memuhasabah diri ini.

MOGA ALLAH TUNJUKKAN JALAN…

AKU SUKA TUKAR-TUKAR

February 14, 2008

Weblog aku bertukar lagi kali ni.  Esok lusa belum pasti akan maintain macamni… Emm

Cadangan tubuh Universiti Apex

PUTRAJAYA 15 Jan. – Kertas cadangan penuh penubuhan Universiti Apex yang dilaksanakan di bawah Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) dijangka dikemukakan kepada kerajaan pada pertengahan tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, menjelang tempoh tersebut, pihaknya berharap satu atau dua buah universiti awam sedia ada dapat dikenal pasti untuk dijadikan Universiti Apex.

‘‘Setakat ini, jawatankuasa khas penubuhan Universiti Apex telah membuat beberapa pertemuan kecil manakala mesyuarat penuhnya telah diadakan semalam.

‘‘Jawatankuasa khas itu diberikan masa selama enam bulan untuk mengemukakan cadangan dan syor mengenai penubuhan Universiti Apex kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian watikah pelantikan penyandang Kursi Tun Abdul Razak ke-13 di pejabatnya di sini hari ini.

Mustapa ditanya mengenai proses penubuhan Universiti Apex yang terkandung dalam PSPTN Melangkaui Tahun 2020.

Pelan itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya pada 27 Ogos tahun lalu.

Pada majlis pelancaran itu, Perdana Menteri mencabar Kementerian Pengajian Tinggi supaya menubuhkan sekurang-kurangnya sebuah Universiti Apex sebelum Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tamat pada 2010.

Universiti Apex ialah universiti tersohor yang menjadi penanda aras peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi.

Di bawah PSPTN, Universiti Apex dijanjikan autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.

Kebebasan juga diberikan kepada Universiti Apex untuk mengambil lebih ramai pensyarah dan pelajar asing bagi membolehkan ia melahirkan para penyelidik bertaraf Nobel Laureate.

Universiti itu turut boleh menawarkan syarat-syarat perkhidmatan dan gaji yang lebih baik kepada pensyarah dari luar negara supaya ia menjadi lebih kompetitif meskipun ia kekal tertakluk di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Menurut Mustapa, pihaknya berpuas hati kerana anggota jawatankuasa tersebut memahami konsep penubuhan universiti berkenaan dan memberikan komitmen tinggi bagi menjadikan pusat pengajian tinggi itu institusi bertaraf dunia.

‘‘Kita akan kaji cadangan jawatankuasa itu dan menelitinya dengan pantas tetapi sudah tentu ia akan mengambil masa,” katanya.

Terdahulu ketika menyampaikan amanat tahun baru kepada kakitangan kementerian pada majlis berasingan, beliau berkata, pada tahun ini kementeriannya akan meneruskan usaha memberikan autonomi kepada universiti-universiti awam.

Patutnya pos haritu…

February 1, 2008

Ahlan Wasahlan 1429 Hijrah. Seperti satu kelaziman bersama tahun baharu, datang azam baharu dan tekad baharu. Hajat di hati semuanya ingin diperbaharui sama ada dalam bentuk material atau bukan material. Penulis juga sama seperti pembaca sekalian, inginkan satu pembaharuan untuk kali ini. Fokusnya adalah membuang ‘kebobrokan’ hati. Wahh…nafsu dan amarah ingin dilentur dan dibentur agar tidak selalu berkepala dan berhatikan ‘mereka’.


Namun, satu kelaziman juga, apabila tiba-tiba kita lupa akan resolusi kita. Kadangkala bukan lupa kerana terlupa tetapi lupa kerana ingin melupakan. Apabila kita gagal melaksanakan azam atau cita-cita kita. Rasa bersalah menyelubungi diri. Bersalah atau malas…Tepuk dada, Tanya IMAN. Bagaimana mahu istiqamah? Ya, payah mahu menjawabnya kerana secara peribadi penulis juga tergolong dalam kalangan mereka yang sukar untuk istiqamah. Sedihnya… Mungkinkah kerana kita merelatifkan istiqamah dengan semangat, jadilah keadaan ; bila semangat hilang, istiqamah pun hilang…
Bila istiqamah hilang, pincanglah perancangan dan yang paling nyata jadilah diri ini orang yang memungkiri azam. Sedihya plus plus…