MONOLOG DINIHARI 2

March 20, 2008

12 Rabiul awal 1429 Hijrah bersamaan 20 Mac 2008. Tanggal Rasulullah dilahirkan.. Aku dah tau tu. TAPI yang pasti aku takkan dapat tahu, APAKAH RASULULLAH AKAN ‘BANTU’ AKU DI AKHIRAT NANTI???

Maafkan daku ya Rasulullah kadangkala cintaku kepadamu pasang surut.

MONOLOG DINIHARI

March 3, 2008

Malam kian larut dan tugasan yang mahu dihantar esok masih berbaki lagi. Aku berhenti sebentar melayari laman web mana tahu terserempak dengan artikel-artikel atau berita yang hangat sambil mengunyah keropok ikan dan berteman kan lagu Coldplay, kebetulan tajuknya ’spiderweb’ (ish.. tapi takda benda yang kebetulan di dunia ini).

Hari dah 4 mac 2008, wahh… 4 hari lagi akan ke ’gerbang’ PILIHANRAYA UMUM KE-12. Teruja semacam sebab ini adalah pertama kali aku akan mengundi INSYAALLAH kalau tiada aral melintang aku akan mengundi mengundi kat kampung halaman tersayang, sambil-sambil tu pulang bercuti ketemu abah dan emak. Wahhh… syioknya. Pertama kali beb nak rasa memangkah kertas undi PRU. Selama ni jadi ’orang belakang’, tapi sekarang aku adalah di kalangan orang ’frontline’ utk generasi baru di Malaysia.

Emm… dalam kesibukan dan menghampiri waktu genting ni aku pun sibuk dengan kerja-kerja studio dan tugasan yang mencengkam qalbu. Wahh… tak sempurna IMAN andai ALLAH tak meguji aku, itulah ratib hati tiap kali aku merasakan yang ujian itu seakan-akan menghentam dan membadai diri ini. Rasa ketakmampuan itu datang dan pergi. Dan aku khuatir aku tak mampu menghadapi hidup ini. Ahh… Hanya orang-orang yan pesimis sahaja yang memandang gelap hari esok. Orang yang ada KEYAKINAN YANG UTUH takkan kalah dek secebis dugaan. Dan aku mahu jadi orang yang kedua ini. Aku boleh.

Bercakap tentang PRU, dah 12 kali rupanya PRU. Dan dah 12 kali Malaysia tak pernah berubah pemerintahannya. Ruginya kita tak mahu merasai nikmatnya berada di bawah naungan ’payung’ ulama-ulama pewaris Anbiya’. Kan best kalau hari-hari kita ’disapa’ tazkirah melentur diri yang kadangkala ego kerana nafsu. Kan indah kalau IMAM-IMAM kita adalah MB atau barisan ketua-ketua Negeri, sejuk hati rakyat jelatanya. Aku cemburu dengan Kelantan, makan murah, ekonomi dikuasai orang ISLAM, dan yang paling aku CEMBURU dan IRI HATI pemimpinnya adalah ’ULAMA’ WARAK yang hubungan dengan ALLAH dan manusia sangat-sangat ’COME’. SUBHANALLAH.

Semoga Bumi Darul Takzim ini suatu hari nanti ALLAH berkati dengan kehadiran ’ULAMA’ sebagai MB nya. Kami generasi hadhari (bukan HAD HARI) mahu kepimpinan yang BARU, BUKAN YANG BOBROK atau CAKAPNYA HANYA PENUH DENGAN DONGENG DAN TIPU. KAMI MAHU ISLAM DAN PEMIMPIN YANG HIDUP NYA UNTUK ISLAM DAN MATI JUGA UNTUK ISLAM.

AKU TOLAK BN… NOW AND FOREVER

Israel terus mengganas — * 100 rakyat Palestin terbunuh * Rundingan damai tangguh

Rakyat Palestin berkumpul di tempat yang menjadi tapak serangan udara untuk mencari mangsa yang mungkin terkorban di Rafah, Genting Gaza, semalam. – AFP.



BANDAR GAZA 2 Mac – Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang mengetuai Kumpulan Fatah, telah menggantung rundingan damai dengan regim Isreal selepas tentera Yahudi meneruskan operasi besar-besaran ke atas pejuang Palestin.

Sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Genting Gaza awal hari ini.

Rejim Yahudi itu mengancam untuk memperhebatkan serangannya dengan menyerang pejabat Perdana Menteri Ismail Haniyeh dan hampir 70 rakyat Palestin terkorban sejak dua hari lalu sekalipun mendapat kutukan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tentera darat dan udara Israel beroperasi di kawasan tersebut buat hari kedua berturut-turut.

Dua orang lagi meninggal dunia akibat kecederaan yang mereka alami dalam serangan Israel di pekan Jalaliya, utara Gaza.

Sejumlah 100 orang, kebanyakannya penduduk awam, terbunuh sejak tentera Israel melancarkan serangan di Gaza pada Rabu lalu.

Mereka termasuk 66 orang terdiri daripada kanak-kanak dan orang awam lain yang maut dalam serangan Israel sejak awal semalam.

Serangan besar-besaran dari darat dan udara itu bertujuan menyekat bedilan roket pejuang Palestin ke selatan Israel yang telah membunuh 14 Yahudi sejak 2000.

Ismail yang memimpin Kumpulan Hamas mentadbir Gaza telah meminta para pemimpin negara-negara Arab termasuk Arab Saudi menghentikan keganasan itu.

Beliau juga menyeru supaya per bincangan mengenai perdamaian diadakan antara dua kumpulan yang bermusuhan iaitu antara Fatah dan Hamas.

Sementara itu di New York, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam mengutuk tindakan Israel menggunakan kekerasan “keterlaluan dan melampaui batas” ke atas penduduk Palestin di Genting Gaza.

Dalam sidang tergempar Majlis Keselamatan yang diadakan bagi membincangkan pertempuran Israel-Palestin yang makin sengit, Ki-moon turut mengecam serangan roket Palestin ke atas selatan Israel.

Majlis Keselamatan dalam kenyataannya mengutuk keganasan di Gaza dan menggesa semua pihak mematuhi kewajipan masing-masing di bawah undang-undang antarabangsa.

“Sungguhpun kita mengakui hak Israel untuk mempertahankan diri, saya mengutuk penggunaan kekerasan yang keterlaluan dan melampaui batas ke atas begitu ramai penduduk awam, termasuk kanak-kanak.

“Saya menggesa Israel menghentikan serangan sedemikian,” kata Ki-moon pada sidang tergempar itu.

Wakil Tetap Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, tindakan rejim Yahudi termasuk penutupan semua pintu sempadan ke Genting Gaza merupakan jenayah perang.

“Tindakan sedemikian jelas diharamkan oleh undang-undang antarabangsa tetapi dilakukan oleh rejim pada tahap dan skop yang menyamai jenayah perang,” kata Riyadh kepada Majlis itu.

Sidang tergempar itu diadakan atas permintaan anggota bukan tetap Majlis Keselamatan, Libya bagi pihak Liga Arab dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Delegasi Libya mengedarkan draf resolusi mengutuk Israel kepada anggota lain dalam Majlis Keselamatan.

Mesir turut membuka sempadannya dengan Genting Gaza bagi memberi rawatan kepada penduduk Palestin yang cedera.

– Agensi

-Maafkan aku saudara-saudaraku di PALESTIN, IRAQ, KASHMIR, GUJERAT, LUBNAN, CHECHNYA, KOSOVO… & di mana jua kalian berada.  Aku belum dapat membantu kalian dengan ‘tanganku’ sendiri.

PILIHAN RAYA UMUM HERE WE COME…