DUNIA OH DUNIA.
April 23, 2008
Tsunami senyap melanda
Berjuta-juta kelaparan seluruh dunia kerana kenaikan harga makanan
LONDON: Dunia menghadapi krisis makanan besar-besaran pertama sejak Perang Dunia Kedua yang dilihat melanda rantau Caribbean, Afrika dan Asia.
Masalah sejagat membabitkan peningkatan harga dan kekurangan bekalan makanan kini disifatkan sebagai ‘tsunami senyap’ kerana boleh menyebabkan penduduk dunia berdepan kelaparan, manakala Bank Pembangunan Asia (ADB) di Singapura semalam, pula menegaskan era harga murah makanan sudah pun berlalu.
Malah, sekurang-kurangnya 37 negara mengalami krisis makanan serius.
Harga makanan meningkat kerana kegunaan sumber yang tertentu dalam biofuel bagi memerangi perubahan cuaca, peningkatan jumlah penduduk, permintaan tinggi negara sedang membangun selain kejadian banjir dan kemarau di negara pengeluar utama makanan seperti Australia dan Afrika.
Program Makanan Sedunia (WFP) berkata, sekurang-kurangnya 850 juta penduduk dunia kini kelaparan.
“Ia ibarat tsunami senyap yang tiada sempadan dan ramai yang tidak menyedarinya langsung apabila masalah itu berlaku.”
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pula mendakwa masalah peningkatan harga makanan sedunia itu turut melenyapkan usaha pembangunan dunia yang diperjuangkan sejak 2001.
“Apa yang berlaku hari ini terbukti melenyapkan usaha tujuh tahun dunia mencapai program Matlamat Pembangunan Alaf Baru,” katanya pada satu persidangan pembangunan dan perdagangan PBB di Accra, Ghana.
Beliau merujuk kepada lapan sasaran yang ditetapkan badan dunia itu bagi mempertingkatkan kehidupan penduduk sejagat menjelang 2015.
“Jika tidak ditangani sebaik mungkin, krisis ini boleh mencetuskan gelombang permasalahan lain termasuk menjejaskan pembangunan ekonomi, sosial, politik serta keselamatan di seluruh dunia,” tegasnya.
Kebimbangan Ban mengulangi amaran pemimpin institusi kewangan dunia lain termasuk Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ADB sejak beberapa minggu lalu yang menggesa pemimpin negara membangun mengurangkan kemiskinan.
Rusuhan akibat kekurangan makanan dan peningkatan mendadak harga sumber utama itu di beberapa negara termasuk Haiti dan Mesir, membuktikan betapa seriusnya masalah itu.
Di Bangladesh, beribu-ribu pekerja tekstil merusuh dengan anggota keselamatan berikutan kekurangan makanan.
Pada masa sama, kata pakar, berpuluh-puluh ribu penduduk yang kelaparan, terpaksa berbaris panjang di pusat pengagihan makanan PBB di seluruh dunia – dari Amerika Latin, Afrika dan Asia.
Malah di beberapa negara Asia, keadaan itu semakin meruncing sehinggakan di Filipina, bekalan beras terpaksa diiringi tentera.
Sementara itu Perdana Menteri Britain, Gordon Brown semalam mengadakan persidangan yang dihadiri ahli Parlimen, pakar serta ketua agensi makanan PBB bagi merangka pelan tindakan menangani kenaikan harga makanan di seluruh dunia.
“Kini muncul satu lagi krisis dunia iaitu krisis makanan yang boleh yang boleh mengakibatkan kemiskinan di kalangan jutaan penduduk dunia,” katanya. � Agensi
Berita Harian 23 April 2008..
Berita yang aku kutip dari BH ni sepertinya mahu mengingatkan aku bahawa selama ini aku kurang bersyukur dengan nikmat makan dan minum yang aku dapat rasa sepanjang kehidupan selama hampir 24 tahun belakangan ini. Banyak membazir, makan tak abiskan dan menyantap dalam keadaan yang melampau. huahua. Tuhan ku… apa sedang terjadi kepadaku.
Emm, sepertinya dunia mahu kiamat. Ahhh…siapa aku untuk memprediksi masa depan. Bukannya aku ada ‘crystal ball’ untuk menjangkau kehidupan yang bakal berlaku 1 detik dari sekarang. Wahh, aku terlalu banyak menonton cerita cereka Barat…mana lah wujud ‘crystal ball’ untuk menilik masa depan.
Masa hadapan HANYA kepunyaan ALLAH SWT. Tuhan yang SATU. KEKAL ABADI…
STUDY WEEK….ERRKKK
April 17, 2008
Salamun’alaik,
Fuuuhhhh…. Hari ini aku rasa lapang sekali apabila urusan-urusan studio dah disiapkan. ALHAMDULILLAH. Dan aku rasa seronok because my work is appreciate even though there are some corrections need to be done. Puan Mahanum pun kata my sketches has improved. Mann!! that is awesome. Hehe, aku tak sangka pun sketches aku makin lama makin ok. Design aku pun aku rasa mcm makin ok skg ni. ALHAMDULILLAH.
Esok ada portfolio, gerun gak la. Apalllaaaa… macam tak biasa je berhadapan dengan portfolio. dah 3 tahun bergelumang dengan situation yang sama sepanjang hayat berada di Jabatan Senibina Landskap, Universiti Teknologi Malaysia. Well, semoga ALLAH mudahkan segala urusan.
Minggu ni dah study week, minggu utk cover segala subjek yang tak sempat cover study especially apabila sibuk dengan kerja-kerja studio. Hehehe, tapi aku ada 1 PAPER JE. Diulang 1 PARER JE…. ULANG LAGI, 1 PAPER JERRRRRR…. ULANG LAGI BERKALI2, 1 PAPER, 1PAPER, 1 PAPER…. until infinity. Huahuahua. Life is soooooo good… itu pun mula on 25 April. Semoga untuk sekalian kalinya ALLAH mudahkan aku study dan menjawab soalan-soalan exam. Tak tau lah susah or not, tapi ada lah dapat hint2 utk jawab. INSYAALLAH.
Well, camnilah life aku dalam minggu ni. Hari ni free, syukur temankan adil kat lab. kalau tak aku rasa aku dah ‘dihempap’ kesepian dan confirm aku tidur untuk ke sekian kalinya berkali-kali kat bilik. Haii, melampau betul qada’ tidurnya… But that is me and I shall thread it with anything in this world.
AKUBERSYUKURAKUADALAHAKU
EMMM… KOTAK HATI
April 3, 2008
Aku rasa dah berkali-kali aku meluahkan rasa dan keluhan yang aku asyik tak dapat nak beri komitmen yang istiqamah kepada penulisan blog. emm…
Hari ini aku mengeluh lagi. huahua… Aku nak menulis tapi aku selalu terkekang dengan masa aku sebagai student L.A. Aku nak lari… lari dari semua permasalahan dunia, study, etc.
Tapi, mana ada wujud dunia yang ‘bebas’ dari permasalahan, sakit, sedih, suka, duka dan sebagainya.
Wah, syoknya bersantai dengan lagu Hujan di kala hujan benar-benar turun…
KOTAK HATI oleh Hujan
Tak usah kau terangkan kutahu,
Potret wajahmu di setiap penjuru,
Curahkan deritamu padaku,
Biar ku rasa apa yang kau lalu,
Terang… terang bersama rasa sayang,
Kubiarkan kau terbang,
Terang… terang sudut kecil puisi,
Untuk senyuman mu lagi,
Berbaring renung kita ke bulan,
Lagu yang kutulis kunyanyikan,
Lagu cinta tentang kita berdua,
Akan kita kenangi hingga tiba masa,
Mimpi, mimpi yang tak kembali
Aku janji, janji takkan pergi.
Mimpi, mimpi yang tak kembali,
Aku janji, janji takkan pergi…
LIFE MUST GO ON, THERE IS NO ‘U’ TURN TO GO BACK TO THE PAST.