Hariku…

July 30, 2008

Rabu – 27 REJAB 1429H bersamaan 30 Julai 2008

“Emm… Seperti selalunya, pagi tadi aku ke kuliah Ustaz Othman. WWAAAAAGHHH… Aku terbangun lambat pagi tadi, diulang TERBANGUN lambat. Perkataan ‘TER’ menunjukkan bahawa aku tak sengaja bangun lewat. Eh, yeke… huhuhu. Tapi syukur dapat juga ke kuliah ustaz, mendengar hadith-hadith berkenaan HAJI (Terasa mahu lekas-lekas menuju BAITILLAH HARAM… Semoga ALLAH izinkan satu hari nanti untuk aku ke sana… Ameen)”

Waktu bergerak menuju ke tengah hari dan aku me’rajin’kan diri melangkah kaki ke Jusco tapi sebenarnya DESTINASI yang sepatutnya adalah kedai handphone…Bukan beli handphone baru tapi repair joystick handphone yang tak berfungsi. Dah 3 minggu aku ‘abandon’kan handphone sony erricsson ku. Kasihan dia, aku tak caring kat dia.

Selepas itu, aku ke Jusco… Tak tahu nak shopping apa dan akhirnya aku ‘tersangkut’ kat MPH. Seperti kebiasaannya aku akan terbeli (banyaknya TER… aku) buku.

(TUNGGU TEDUH DULU – COVER LAMA)

2 buku, satu buku FAISAL TEHRANI-TUNGGU TEDUH DULU (Buku yang dah lama aku cari INSYAALLAH ada kelapangan aku akan ulas buku ni… hek ele jadi pengulas buku plak dah) dan BUKU PERLEMBAGAAN MALAYSIA (Balik dari Konvensyen MPP aku terus jadi berminat untuk mendalami Perlembagaan, kesedaran sivik bebb…)

Lepas ke MPH, aku ke Papa Roti sambar sebungkus dan terus berganjak ke bangku untuk berehat sebentar sambil membaca sekali lalu buku-buku yang baru diborong tadi. Aku tak tahu kenapa tapi rasa syok pulak duduk-duduk sambil lihat-lihat gelagat orang yang lalu tak kira sama ada bersama famili atau bersendirian atau berpacaran… How different is between every human being. Sepertinya aku macam membazir masa tapi I don’t think it that way, I was thinking all the time. Fikir-fikir, timbang-timbang dan sesekali bermonolog dengan diri sendiri. Asyik juga kalau sesekali keluar sendiri mencari ’sesuatu’ yang kadang-kadang tiada dalam kamus kehidupan biasa ku di UTM.

LIFE IS DULL WITHOUT A LITTLE PLEASURE AND PAMPER. AGREE?

What was I thinking? ONLY ALLAH KNOWS.

-SALAM ISRA’ MI’RAJ… MAY WE REMEMBER THE ‘ESSENCE’ OF RASULULLAH S.A.W JOURNEY-

“Min… Ni cara makan garam (EPSOM SALT)”

1. Berhenti makan sebelum jam 8.00 malam.

2. Minum air suam dengan 2 sudu besar EPSOM SALT (meaning that larutkan EPSOM SALT dengan AIR SUAM) dan diminum jam 10.00 malam.

3. Bagi KAUM WANITA, hendaklah meminum ramuan ini 1 MINGGU SEBELUM dan SELEPAS waktu HAID.

4. Waktu PAGI, SEBELUM bersarapan, makan / minum 5ml SETENGAH tablet VERMOX.

5. Untuk mengembalikan ELEKTROLIT dalam badan la of course, minum GULA dan GARAM ASLI (atau disyorkan meminum AIR KELAPA).

Ni SMS yang aku dapat daripada Kak Nor. Berhari-hari aku menunggu SMS daripada Kak Nor untuk mengetahui kaedah membersihkan perut cara yang alami. Ingatkan Kak Nor dah lupakan aku huhuhu…. Lama menanti dan dengan debaran akhirnya sampai juga SMS itu pagi tadi. Syukur, akhirnya aku dapat juga ramuan yang kuidam-idamkan. Ramuan di atas adalah ‘resepi’ untuk membersihkan perut, usus dan hati dari anasir-anasir seperti cacing dan bahan kumuhan itu kata Akhi Zul. INSYAALLAH semoga operasi membersihkan hati dan perut berjalan lancar. Emm… Ingat, pembersihan hati ini adalah dari sudut kesihatan semata-mata, ZIKRULLAH adalah pembersih hati yang paling agung.

TERIMA KASIH BUAT KAK NOR dan AKHI ZUL yang telah memberi ‘PRESKRIPSI’ di atas.

Ada sesiapa yang mahu mencuba… Tafadhal.

SEMOGA KITA SIHAT ZAHIR DAN BATIN UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN DI BUMI ALLAH INI.

Rasanya sebentar tadi aku ‘tidak sudi’ untuk menjenguk blog ku ini… Tapi aku ‘PAKSAKAN’ juga diriku.

“Bosan”

“Sepi”

“Janggal”

Mahu saja aku menjerit ke seantero alam, melepaskan semua yang terbuku di hati tapi tampaknya jeritan itu hanya bergema dalam relung hati dan amat menyesakkan dada.

Emm, petang ini agak mendung, hujan gerimis sejenak hadir. Suasananya ‘muram’, sejuk dan ‘kelabu berbalam-balam putih’. Aku duduk di studio bergelut dengan proposal ‘Topical Study’ dan yang paling ‘mengharukan’ aku perlu bergelut pula dengan perasaan yang dinamakan MALAS, BOSAN, FED-UP…. dan the fusion of feelings just won’t go away.

Macam nilah diri aku semester ni. Perasaan-perasaan itu akan datang dan surut kembali and what worries me is that ‘dia’ tak kenal waktu dan masa. Arrgh… I wish that this feelings has switch button where you can turn ON and OFF or even disfunction the OFF button so that there is no more NEGATIVE AIR in my bone.

“YA, ALLAH, do please help so that I shall not drown in this kind of situation”

“Harusnya aku cari titik KEKUATAN untuk memulihkan keadaan diri ini yang terumbang-ambing”

“Jiwangnya untuk posting kali ni”

SEMOGA ALLAH ILHAMI AKU JALAN KETENANGAN

AND NO MORE WORRIES… I PRAY

FATHER AND SON

July 18, 2008

Father and Son

oleh: Cat Stevens@Yusuf Islam


Father
It’s not time to make a change
Just relax, take it easy
You’re still young, that’s your fault
There’s so much you have to know
Find a girl, settle down
If you want you can marry
Look at me, I am old, but I’m happy

I was once like you are now
and I know that it’s not easy
To be calm when you’ve found something going on
But take your time, think a lot
Think of everything you’ve got
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not

Son
How can I try to explain, when I do he turns away again
It’s always been the same, same old story
From the moment I could talk I was ordered to listen
Now there’s a way and I know that I have to go away
I know I have to go

Father
I was once like you are now
and I know that it’s not easy
To be calm when you’ve found something going on
But take your time, think a lot
Think of everything you’ve got
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not

Son
All the times that I cried
keeping all the things I knew inside
It’s hard, but it’s harder to ignore it
If they were right, I’d agree
but it’s them THEY know not me
Now there’s a way and I know that I have to go away
I know I have to go
(father– stay stay stay, why must you go and
Make this decision alone? )

Asyik mendengar lagu ini. Mintak maaf tak dapat nak menyambungkannya terus, tapi kalau mahu mendengar, luncuri YOUTUBE, tajuk Father and Son oleh Yusuf Islam. Hayati lirik dan melodinya. Kalau pada aku, sesuai juga untuk ditujukan kepada bonda tersayang… Love your family forever.

“Waarghh… I am late for Ustaz Othman’s kuliyah”

“Please hurry my feet, run if you can, run like the wind… it’s 7.45am already,” I pray that I am not late on the first day of Ustaz’s kuliyah.

Today is the first day of ‘KULIYAH TAFSIR’. Cool… I reach the room just on time to hear the ‘MUTIARA ILMU’. ALHAMDULILLAH… No such thing as ‘left over’ in learning ‘ilmu’. Everything is precious. Every single of it… Nothing goes to waste.

This time around I hope that I can follow the morning kuliyah for the whole semester. Tomorrow I wish that I will be early or on time for the Kuliyah. I have a brand new determination in me to fill this semester with extra activities. Special activities of course, no more lagho ‘business’. I shall leave behind nonsense things especially sleeping after Subuh prayer. Bon voyage bad attitudes…

“Run my feet, run you go, may this feet also be the ‘witness’ for the day when speech is no more that a useless thing to do”

See you guys tomorrow and until the end of semester… INSYAALLAH.

At the same place and same time, 7.30am. I’ll be there.

SELECTED ROOM.

July 15, 2008

Emm… Today I feel the need to write in English. So, I hope this is one of the way for me to improve my english. Actually I am supposed to search books for my ‘PSM’ proposal. Naahh… it can wait for a while. I hope I can write as fast as I can for this posting.

This morning my mum had called me regarding a letter informing that I didn’t submit any hostel application, so the administration decided to put me at K9. Wahhh… so far from the faculty, the first impression that occured in my mind. Why that far away… I re-think.

Emm… this time around my life is a little under ‘uncontrolled’ situation. hahaha… But I feel good about the feeling of staying at places which I never had imagine in my entire life in UTM. Just let me and ALLAH and me friends know what privacy, what place that i had been invading for the past weeks.

I AM SORRY FOR ANY INCONVINIENCE THAT I ‘PRODUCE’, AND THANKS U GUYS, ONLY ALLAH CAN ‘REPLACE’ THE GOOOOODDD DEED YOU HAVE DONE.

Realizing the ‘hardship’…(ala tak susah mana pun..hek BM plak) to find a room. A thought crosses my mind, why am I so bothered with the room here, when THE REAL ROOM which awaits me in the afterlife is EVEN MORE HARDER to get listed in.. huahuahua. And what room that we will be ‘force’ to stay is unpredictable. Here you can check through e-mail or even ask BUT can you know early which REAL ROOM you are PLACED THERE. I WONDER.

There is MORE COMFORT, MORE ENJOYMENT, MORE TRANQUILITY and MORE AND MORE AND MORE AND MORE EVERYTHING IN A PLACE WHERE HUMANS MIND CANNOT EVEN REACH IT. SUBHANALLAH.

AND I HOPE I GET LISTED TO THE BEST ROOM.

BUT

CAN I…..

WELCOME TO UTM

July 11, 2008

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Salam perjuangan dan selamat datang kepada para ahli ‘keluarga’ baru UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. Masih belum terlambat untuk menyapa adik-adik dengan ucapan tahhiah kerana BERJAYA melangkahkan kaki ke menara gading dan pastinya kehidupan di sini AKAN berbeza dari kehidupan di matrikulasi atau sekolah. Namun PERCAYALAH …. PENGALAMAN di sini akan mencorakkan kehidupan kalian. Emm, rasa rugi tak dapat menyambut kalian semasa MINGGU HALUAN SISWA tempoh hari tetapi INSYAALLAH masih ada masa untuk berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pandangan.

“Have a pleasant life in UTM, it is a place where new things can be found and many opportunities to be explored. Don’t just ‘indulge’ yourself with academic BUT try new things.”

“MAKE A CHOICE AND TAKE A CHANCE”

UTM SANJUNGAN BANGSA

Bersama kita menjulang
Keunggulan terbilang
Kemercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya
Martabat keilmuan
Cendiakawan beriman
Cekal bersama takwa
Menara Cita-cita
Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu
Keazaman, perjuangan, takwa dan iman
Kearah kecemerlangan perundingan
Penulisan, pengajaran, penyelidikan
Perkhidmatan kepada watan
Disini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM SANJUNGAN BANGSA

SALAM MAHASISWA.

“Dah siap makan nak?”, tanya makcik pekerja Meranti.

“Sudah”, ringkas jawabku

“Terima kasih”, penambah manis bicara. Dengan sekelumit senyum, aku ‘bantu’ juga sedikit dengan menghulurkan pingganku yang empty. (rojaknya bahasa aku…)

Emm, kadangkala kasihan menyelinap masuk ke kalbu ini apabila melihat makcik-makcik membuat kerja seumpama itu. Makcik ‘cleaner’ di kolej dan Fakulti Alam Bina atau di PSZ atau di mana-mana saja. Pasti penat, itu yang perkataan pertama yang terpacul dari minda dan mulutku. Pasti akan aku terfikir, apakah yang sedang bermain di benak-benak mereka tiap kali aku terpandang mereka.

“Penat”

“Hai budak ni, ingat aku kuli kau ke?”

“Gaji bulan ni cukup tak nak bayar bil api air?”

Gembirakah mereka dengan kerja murni mereka itu? Senang hati kah mereka kerana saban hari akan berhadapan rutin yang sama, alangkan aku student ni pun ada masanya dihinggap perasaan JEMU, JELAK dan BOSAN apabila berhadapan dengan ‘HOMEWORK’, ASSIGNMENT dan YANG SEWAKTU DENGANNYA, walau kehidupan sebagai student ini terlalu banyak AKTIVITI nya. Dan kadangkala aku akan terfikir, gembirakah berada dalam ’sepatu’ mereka? Aku PASTI akan senyum sendiri bila bercita-cita nak jadi macam mereka.

Haii… macam-macam la aku ni. Dah berada di tingkat sekarang, masih mahu jadi yang lain pula. Bila mahu bersyukur wahai INSAN bernama SITI AMINAH BINTI UMAR…

Mungkin ini yang cuba digambarkan oleh HAMKA dalam bukunya, TASAWUF MODEN.

Bila mahu bersyukur? kalau dah dapat yang itu mahu pula yang ini. Bila ada yang ini, mahu yang itu.

Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari hambanya juga ~

P/S- huahua… Aku tgh siapkan proposal TOPICAL STUDY nak hantar ESOK, doakan ya…sapa2la kat luar sana.

ROGER AND OUT

Hari ni dah hari kedua aku ‘menghadapi’ semester baru sesi 2008 / 2009. Kehadiran aku di UTM ini disambut dengan berita bahawa aku takde bilik untuk menginap sem ni. Huahuahua… Macam sedih, tapi ada hikmah juga di sebalik apa yang terjadi.

JANGAN CEPAT SANGAT PERCAYAKAN ORANG.

Haii… pengajaran berguna buat aku. Belajar dari pengalaman itu memang kadangkala sakit dan boleh buat kita terduduk, tapi ALLAH pun ada berfirman yang manusia LUPA apabila SENANG dan akan hanya INGATKAN-NYA apabila susah atau sakit atau kehilangan sesuatu. Jadi aku berdoa dan berharap agar kesusahan ini akan menjadikan aku INGATKAN ALLAH. Emm, tapi aku pun selalu TERLUPA untuk INGAT ALLAH lebih-lebih lagi bla berada dalam keadaan SUKA. Astagfirullah hal’azim… Dan kadangkala apabila ALLAH datangkan ujian buat kita, kita jadi mudah putus asa dan patah semangat. Waduuhh… susahnya nak pulihkan hati dan semangat perjuangan harmoni yang hilang. Aku pun at certain time berada kat dalam atmosfera semangat hilang dan keputusasaan (eh.. ada ke ayat ni). Well, jangan LARUT dengan GANGGUAN SYAITAN, dia memang akan bisikkan unsur-unsur kesesatan dalam hati.

Kuatkan roh, mantapkan IMAN, aku pun tengah membaca buku ‘pencerahan diri’. Semoga ALLAH tunjukkan jalan untuk mengadapi ujian-NYA dengan hati yang TENANG, LAPANG dan REDHA.

Sabarlah wahai HATI dan DIRI, semoga apa-apa ujian, dugaan, mehnah, tribulasi dan yang sama waktu dengannya adalah PENGHAPUS DOSA-DOSA yang bersarang dalam diri.

Ampuni daku wahai TUHANku, Aku sering tersasar dari jalan yang benar.