CERITERA AWAL SEMESTER 2008/2009
July 8, 2008
Hari ni dah hari kedua aku ‘menghadapi’ semester baru sesi 2008 / 2009. Kehadiran aku di UTM ini disambut dengan berita bahawa aku takde bilik untuk menginap sem ni. Huahuahua… Macam sedih, tapi ada hikmah juga di sebalik apa yang terjadi.
JANGAN CEPAT SANGAT PERCAYAKAN ORANG.
Haii… pengajaran berguna buat aku. Belajar dari pengalaman itu memang kadangkala sakit dan boleh buat kita terduduk, tapi ALLAH pun ada berfirman yang manusia LUPA apabila SENANG dan akan hanya INGATKAN-NYA apabila susah atau sakit atau kehilangan sesuatu. Jadi aku berdoa dan berharap agar kesusahan ini akan menjadikan aku INGATKAN ALLAH. Emm, tapi aku pun selalu TERLUPA untuk INGAT ALLAH lebih-lebih lagi bla berada dalam keadaan SUKA. Astagfirullah hal’azim… Dan kadangkala apabila ALLAH datangkan ujian buat kita, kita jadi mudah putus asa dan patah semangat. Waduuhh… susahnya nak pulihkan hati dan semangat perjuangan harmoni yang hilang. Aku pun at certain time berada kat dalam atmosfera semangat hilang dan keputusasaan (eh.. ada ke ayat ni). Well, jangan LARUT dengan GANGGUAN SYAITAN, dia memang akan bisikkan unsur-unsur kesesatan dalam hati.
Kuatkan roh, mantapkan IMAN, aku pun tengah membaca buku ‘pencerahan diri’. Semoga ALLAH tunjukkan jalan untuk mengadapi ujian-NYA dengan hati yang TENANG, LAPANG dan REDHA.
Sabarlah wahai HATI dan DIRI, semoga apa-apa ujian, dugaan, mehnah, tribulasi dan yang sama waktu dengannya adalah PENGHAPUS DOSA-DOSA yang bersarang dalam diri.
Ampuni daku wahai TUHANku, Aku sering tersasar dari jalan yang benar.