WELCOME TO UTM
July 11, 2008
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Salam perjuangan dan selamat datang kepada para ahli ‘keluarga’ baru UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. Masih belum terlambat untuk menyapa adik-adik dengan ucapan tahhiah kerana BERJAYA melangkahkan kaki ke menara gading dan pastinya kehidupan di sini AKAN berbeza dari kehidupan di matrikulasi atau sekolah. Namun PERCAYALAH …. PENGALAMAN di sini akan mencorakkan kehidupan kalian. Emm, rasa rugi tak dapat menyambut kalian semasa MINGGU HALUAN SISWA tempoh hari tetapi INSYAALLAH masih ada masa untuk berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pandangan.
“Have a pleasant life in UTM, it is a place where new things can be found and many opportunities to be explored. Don’t just ‘indulge’ yourself with academic BUT try new things.”
“MAKE A CHOICE AND TAKE A CHANCE”
UTM SANJUNGAN BANGSA
Bersama kita menjulang
Keunggulan terbilang
Kemercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya
Martabat keilmuan
Cendiakawan beriman
Cekal bersama takwa
Menara Cita-cita
Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu
Keazaman, perjuangan, takwa dan iman
Kearah kecemerlangan perundingan
Penulisan, pengajaran, penyelidikan
Perkhidmatan kepada watan
Disini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM SANJUNGAN BANGSA
SALAM MAHASISWA.

‘kerana Tuhan untuk manusia’ (????)…
emm…nak tanya pelajar UTM apa maksud slogan ni sebenarnya?
selalu confuse… terima kasih… assalamualaikum
salam….teringat semua kenangan di sana. Moga hari ini ku lebih baik dari dahulu ku, lebih di redhai lebih terdidik dan terbimbing…