WHAT IS PLAYING IN YOUR MIND?
“Dah siap makan nak?”, tanya makcik pekerja Meranti.
“Sudah”, ringkas jawabku
“Terima kasih”, penambah manis bicara. Dengan sekelumit senyum, aku ‘bantu’ juga sedikit dengan menghulurkan pingganku yang empty. (rojaknya bahasa aku…)
Emm, kadangkala kasihan menyelinap masuk ke kalbu ini apabila melihat makcik-makcik membuat kerja seumpama itu. Makcik ‘cleaner’ di kolej dan Fakulti Alam Bina atau di PSZ atau di mana-mana saja. Pasti penat, itu yang perkataan pertama yang terpacul dari minda dan mulutku. Pasti akan aku terfikir, apakah yang sedang bermain di benak-benak mereka tiap kali aku terpandang mereka.
“Penat”
“Hai budak ni, ingat aku kuli kau ke?”
“Gaji bulan ni cukup tak nak bayar bil api air?”
Gembirakah mereka dengan kerja murni mereka itu? Senang hati kah mereka kerana saban hari akan berhadapan rutin yang sama, alangkan aku student ni pun ada masanya dihinggap perasaan JEMU, JELAK dan BOSAN apabila berhadapan dengan ‘HOMEWORK’, ASSIGNMENT dan YANG SEWAKTU DENGANNYA, walau kehidupan sebagai student ini terlalu banyak AKTIVITI nya. Dan kadangkala aku akan terfikir, gembirakah berada dalam ’sepatu’ mereka? Aku PASTI akan senyum sendiri bila bercita-cita nak jadi macam mereka.
Haii… macam-macam la aku ni. Dah berada di tingkat sekarang, masih mahu jadi yang lain pula. Bila mahu bersyukur wahai INSAN bernama SITI AMINAH BINTI UMAR…
Mungkin ini yang cuba digambarkan oleh HAMKA dalam bukunya, TASAWUF MODEN.
Bila mahu bersyukur? kalau dah dapat yang itu mahu pula yang ini. Bila ada yang ini, mahu yang itu.

July 11, 2008 at 5:41 am
YEESSS… akhirnya aku berjaya upload gambar. yahoooo