Hariku…
July 30, 2008
Rabu – 27 REJAB 1429H bersamaan 30 Julai 2008
“Emm… Seperti selalunya, pagi tadi aku ke kuliah Ustaz Othman. WWAAAAAGHHH… Aku terbangun lambat pagi tadi, diulang TERBANGUN lambat. Perkataan ‘TER’ menunjukkan bahawa aku tak sengaja bangun lewat. Eh, yeke… huhuhu. Tapi syukur dapat juga ke kuliah ustaz, mendengar hadith-hadith berkenaan HAJI (Terasa mahu lekas-lekas menuju BAITILLAH HARAM… Semoga ALLAH izinkan satu hari nanti untuk aku ke sana… Ameen)”
Waktu bergerak menuju ke tengah hari dan aku me’rajin’kan diri melangkah kaki ke Jusco tapi sebenarnya DESTINASI yang sepatutnya adalah kedai handphone…Bukan beli handphone baru tapi repair joystick handphone yang tak berfungsi. Dah 3 minggu aku ‘abandon’kan handphone sony erricsson ku. Kasihan dia, aku tak caring kat dia.
Selepas itu, aku ke Jusco… Tak tahu nak shopping apa dan akhirnya aku ‘tersangkut’ kat MPH. Seperti kebiasaannya aku akan terbeli (banyaknya TER… aku) buku.
(TUNGGU TEDUH DULU – COVER LAMA)
2 buku, satu buku FAISAL TEHRANI-TUNGGU TEDUH DULU (Buku yang dah lama aku cari INSYAALLAH ada kelapangan aku akan ulas buku ni… hek ele jadi pengulas buku plak dah) dan BUKU PERLEMBAGAAN MALAYSIA (Balik dari Konvensyen MPP aku terus jadi berminat untuk mendalami Perlembagaan, kesedaran sivik bebb…)
Lepas ke MPH, aku ke Papa Roti sambar sebungkus dan terus berganjak ke bangku untuk berehat sebentar sambil membaca sekali lalu buku-buku yang baru diborong tadi. Aku tak tahu kenapa tapi rasa syok pulak duduk-duduk sambil lihat-lihat gelagat orang yang lalu tak kira sama ada bersama famili atau bersendirian atau berpacaran… How different is between every human being. Sepertinya aku macam membazir masa tapi I don’t think it that way, I was thinking all the time. Fikir-fikir, timbang-timbang dan sesekali bermonolog dengan diri sendiri. Asyik juga kalau sesekali keluar sendiri mencari ’sesuatu’ yang kadang-kadang tiada dalam kamus kehidupan biasa ku di UTM.
LIFE IS DULL WITHOUT A LITTLE PLEASURE AND PAMPER. AGREE?
What was I thinking? ONLY ALLAH KNOWS.
-SALAM ISRA’ MI’RAJ… MAY WE REMEMBER THE ‘ESSENCE’ OF RASULULLAH S.A.W JOURNEY-
