MONOLOG DIRI

August 27, 2008

Hari ini 27 OGOS 2008….

Dingin PSZ dan ‘cengkaman’ Topical Study takkan menggoyahkan diri aku dari menulis… Really? Lari kejap dari kesibukan dunia realiti dan masuk ke dunia ‘halimunan’… hehehe…

Waaaarghhhhh… 1,2,3 dan 4 hitungan hari lagi mahu ‘ketemu’ dengan bulan nan satu ini. Dan betapa pergiliran hari, masa dan detik itu kadang-kadang mengundang ‘dejavu’ dalam diri aku.

Hari ini bersemangat aku membaca kembali penulisan-penulisan aku dan komen-komen daripada sahabat-sahabat (walau tak ketemu, aku doakan kalian berbahagia…TERIMA KASIH DEH ADA HARI MARI DATANG LAGI – rephrasing…atau ‘dejavu’ lagi), tak terduga dah lebih satu tahun rupanya aku ‘bergelumang’ dengan alam penulisan maya ni. Well, sebagaimana yang pernah aku tuliskan dahulu, aku bakal mencandui ‘dunia’ ini, and it’s true that I am addicted to it. Walau kadangkala ‘pojok’ ini hanyalah sekadar luahan perasaan, newspaper articles and lirik lagu. Well, I deserve a pat at the back for my effort (haiii… Masuk bakul angkat sendiri nampak).:)

Kadangkala dunia penulisan aku ada pasang dan surutnya, harus aku berdoa semoga walau demikian rupa, aku TETAP MAHU MENULIS. aMEEN…

Untuk diriku dan ‘tetamu-tetamuku’, maaf tiada santapan air bujang atau kuih-muih pemanis lidah buat menyambut kehadiran kalian dalam blog ini (logik ker???), tapi AKU HARGAI KAILAN…. EH, WAIT A MINUTE, K.A.L.I.A.N.

AKU HARGAI KALIAN dan sempena ‘kembalinya’ Ramadhan ini, aku tujukan khas lagu Harapan Ramadhan. Semoga HARAPAN kita subur terjaga untuk melangkah ‘masuk’ ke dalam bulan Ramadhan, bersedia ‘kelengkapan’ RUHIYAH dan JASMANIYAH, tak lupa revisi kembali niat dan amalan-amalan dalam bulan Ramadhan. Selamat berbahagia menanti Ramadhan…

HARAPAN RAMADHAN

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

NO NAME… emmm

August 14, 2008

2,3 hari ini bermacam-macam perkara mahu dituliskan, tapi sayangnya semua idea tersekat separuh jalan, bergema kuat dalam fikiran tapi langsung layu kala mahu diluahkan dan ada idea yang mati lansung untuk dicoretkan. emmm….

Hari ni aku ‘melepak’ kat PSZ mencari bahan kajian… Hehe, ‘port’ baru untuk melakukan eksplorasi diri. Tapi macam banyak ‘mencuci’ mata sahaja.

APPRECIATE WHAT YOU HAVE

Alhamdulillah, syukur walau dalam kesibukan duniawi, masih ada ruang, peluang dan waktu untuk aku browse through the Al-Quran. Di saat hati mula goyah meniti arus kehidupan yang nampak macam mencabar sangat ni. ALLAH lorongkan masa ku untuk duduk sejenak di sisi Al-Quran.

Dan tiba-tiba aku terkenangkan masa-masa yang ALLAH kurniakan untuk aku ‘enjoy’-I mean, not enjoying like hell but ‘enjoy’ in a way that appreciating what ALLAH had given ME a chance, in fact many chances for me to ‘be here’ and having what I have now, and being where I stand now.

SUBHANALLAH… How I should be so glad to ‘be here’.

Though sometimes or many time, there shall be a time of ups and down. Dan datangnya ujian itu seringkali menjadikan aku berundur ke belakang, aku HARUS… eh, WAJIB berani untuk melangkah.

Kerana, what shall I have in the AFTER LIFE and where I stand at that time is the thing that I have DONE

TODAY, RIGHT NOW and AT THIS TIME.

The clock is ticking, and may every beat of it is my APPRECIATION to THE ONE.

“POINT OF SENTENCE”

“Emm… kadangkala blog ini sama macam DIARI pula buat diriku walau ada waktunya aku ‘kejap ada, kejap tiada – Chipsmore more to less’. Semoga apa yang dicoretkan mungkin mampu sedikit berbekas pada hati-hati orang lain, dan yang paling utama doaku semoga hati ku berbekas dengan ingatan-ingatan dan muhasabah diri sendiri.”

KAMUS 08

August 10, 2008

Beberapa hari tidak menulis, bukan sengaja meninggalkan tapi memang tak berkesempatan menulis. Baru usai sore tadi program yang dinamakan KAMUS 08.

SERONOK dan PENAT

MUHASABAH SEPASANG KASUT

August 7, 2008

“Seperti biasanya aku berjalan ke MSI. Singgah untuk tidur ‘Qailullah’ sementara menanti waktu untuk masuk waktu Dzuhur.

Usai solat, aku berjalan keluar MSI.

Eh, mana kasut aku? Aku garu dagu yang tak gatal. Mencari kasut ku yang ‘hilang’. Takkan ada orang curi. ‘IMPOSSIBLE’.

Gulp… Dalam tong sampah!!!

Emm… siapa yang letak situ? atau ayat yang betulnya, siapa yang telah ‘membuangnya’ dalam tu?

Hehe… Silap aku pun. Hukuman buat aku. Tak reti membaca ‘perintah berkanun’ – SILA SUSUN KASUT ANDA DI RAK YANG TELAH DISEDIAKAN. Tulisan dalam Bahasa Malaysia pun masih tak mengerti.

Syukur tong kosong, kalau ada sampah… Tak terbayang kan apa jadinya.

Satu ingatan buat aku.

Dengan penuh kesedaran dan keinsafan aku malu sendiri.

Bila fikir-fikir, macam tu juga lah manusia ni. ALLAH dah beri pesanan, ingatan, arahan dan sebagainya melalui KITABULLAH. Terang lagi nyata. Tinggal kita sama ada mahu membuka MATA, HATI untuk mengambil teladan dan sempadan. Even if AL-QURAN is in Arabic it is not a hindering factor to LEARN, UNDERSTAND AND of course RECITING it. TADDABUR the content… No excuse.

Dan apabila kita tak endahkan PERINTAH ATAU ARAHAN-NYA, tercela nya hidup kita.

Macam kasut aku dan tong sampah.

‘DI TONG SAMPAHKAN OLEH ALLAH’… Fuhhh… I can’t imagine it

GOD IS THE LIGHT

August 6, 2008

4 SA’ABAN 1429 H bersamaan 6 OGOS 2008 (someone’s birthday is TODAY… I wish her the best for today and the day after tomorrow)

GOD IS THE LIGHT

How great the wonder of the heaven
And the timeless beauty of the night
How great, then how great
The Creator

And its stars like priceless jewels
Far beyond the reach of kings
Bow down, for the shepherd
Guiding him home

But how many eyes are closed
To the wonder of this night
Like pearls hidden deep
Beneath the dark stream of desires

But like dreams vanished with the call to prayer
And the dawn extinguishes night
Here too are signs
God is the Light, God is the Light

How great the beauty of the earth
And the creatures who dwell on her
How great, then how great
The Creator

As its mountains pierce the clouds
High above the lives of man
Weeping rivers
For thousands of years

But how may hearts are closed
To the wonders of this sight
Like birds in a cage
Asleep with closed wings

But like works stops with the call to prayer
And the birds recite
Here too are signs
God is the Light, God is the Light

How great the works of man
And the things he makes
How great, then how great
The Creator

Though he strives to reach the heavens
He can barely survive
The wars of the world
He lives in

Yet how many times he’s tried
Himself to immortalise
Like his parents before him
In the garden of Eden

But like the sun sets with the call to prayer
And surrenders to the night
Here to are signs
God is the Light Everlasting
God is the Light Everlasting
God is the Light Everlasting

“Sementara menunggu ‘datangnya’ ilham untuk menulis dan terus menulis tanpa henti. Ku hadiahkan bait-bait lagu ini buat renungan dan muhasabah diri yang hina, yang alpa, yang buta… yang seegala-segalanya …

Lelah rasanya menanggung ‘kegersangan’ idea untuk menulis.

Adakah ini hakikat manusia atau aku sendiri yang sepertinya mulai ‘kehilangan’ mood untuk menulis. Noo… maybe sebab nak submit proposal Topical Study, tu yang jadi macam tak stabil… 2,3 hari ni.

Ya ALLAH, jadikanlah ilmu-ilmu yang aku pelajari selama ini ‘pembersih’ kepada HATIKU yang penuh dengan karat-karat dosa… Aku amat merintih kepada MU…Ya RABB.

30 REJAB 1429 H bersamaan 2 OGOS 2008

Bonjour semua, hari ini mari sama-sama kita belajar bahasa Perancis (Hayya bil Perancis… eh, betoi ka?). Sebenarnya untuk semester ini aku mengambil subjek Bahasa Perancis dan minggu hadapan akan ada kuiz yang pertama, jadi melalui Harukugatsu’s serene ini aku cuba memanfaatkan ruang dan waktu untuk aku belajar bahasa ini sambil mengajarkan kepada yang lain. Dan mana tahu ‘MEDAN DAKWAH’ kita nanti memerlukan aku atau sesiapa sahaja menggunakan bahasa Perancis.

Untuk pengetahuan, Bahasa Perancis merupakan bahasa komunikasi bagi negara-negara seperti:

  • ASIA TENGGARA (Vietnam, Kampuchea dan Laos)
  • AFRIKA (Libya, Algeria, Morocco, Mesir, Congo dsb)
  • EROPAH (Perancis, Switzerland, Luxembourg, Belgium, dan Eropah Timur)
  • AMERIKA (Kanada-Wilayah Quebec dan Guyana)
  • KEPULAUAN SEYCHELLES dan MAURITIUS

Wah… besarnya medan untuk kita berjuang.

Lecon 1 Se Saluer (Greeting People)

Bonjour – Selamat Sejahtera / Selamat Pagi

Bon journee – Semoga hari adalah hari terbaik buat kamu

Bon apres-midi – Selamat tengah haru …… Eh, tengah hari :)

Bonsoir – Selamat petang

Bon soiree – Semoga hari adalah hari terbaik buat kamu

Bonne nuit – Selamat malam

Salut ! – Hai

Allo ! – Hello

Bon appetit – Selamat menjamu selera

Bon anniversaire – Selamat Har Lahir

Bon voyage – Selamat jalan

Merci – Terima kasih

Merci beaucoup – Terima kasih banyak-banyak

Pardon – Minta maaf

Oui – Ya

Non – Tidak

Dako – OK

Ingatan bersama, mungkin kita sebagai Muslim akan sukar melupakan bagaimana Kerajaan Perancis mengharamkan pemakain HIJAB kepada saudara-saudara kita di sana. Tapi jangan kita lupa, di sebalik UJIAN ADA HIKMAHNYA. Bagaimana selepas 11 SEPTEMBER, banyak orang mendalami ISLAM kerana INGIN TAHU dan akhirnya ALLAH buka pintu hati mereka untuk KEMBALI kepada ISLAM… SUBHANALLAH.

KITA DOAKAN ORANG-ORANG PERANCIS JUGA BEGITU… AMEEN

“Apabila telah datang pertolongan ALLAH dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama ALLAH, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNYA. Sungguh, DIA MAHA PENERIMA TAUBAT.”

(AN-NASR, ayat 1-3)

29 REJAB 1429 H bersamaan 1 OGOS 2008. Hee… 2 hari aku tak menulis

Baru pulang dari studio aku mempersiapkan diri untuk menghadapi Maghrib. Tenang rasanya dapat lari dari hiruk-pikuk dunia ’studio’, walau sebentar. Bukan lari secara total walaupun itu yang teramat aku inginkan tika dan saat ini…

Tiba-tiba aku aku ’diberi’ inspirasi untuk menulis. Pujiku pada MU Ya Rabbi…

Antara menyendiri dan ’berjemaah’ (kawan-kawan) mana yang lebih ’menarik’? Aduh… Persoalan ini abstrak bagiku kerana dua-dua punya waktu dan peruntukannya tersendiri.

SENDIRI

Adakalanya SENDIRI itu membawa ketenangan, bahagia, dan jauh dari kebisingan, tidak kira sama ada mahu ’lari’ dari persekitaran yang membingitkan atau orang-orang yang ’definitely annoying’ (aku berdoa tidak tergolong dalam golongan ini). Kadang-kadang aku suka berjalan sendiri sebab aku boleh ‘steer my own wheel’. Aku boleh mahu ke mana yang aku sukakan (walau terpaksa berulang-alik ke destinasi yang sama). Sejujurnya, sendiri itu kadang membuahkan inspirasi dan dengan sendiri itu juga ‘rancak’ munajat kita kepada AL-KHALIQ. Kurang malunya dapat menangis dan berdoa di hadapan ALLAH apabila bersendiri.

SAHABAT-SAHABAT

“Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih daripada kumpulannya.”

Namun BERJEMAAH itu ada citranya juga. Aku cuba memaknai ’JEMAAH’ ini dengan maksud; SAHABAT, KAWAN-KAWAN, TEMAN dan sebagainya. Ya, TEMAN punya tempatnya sendiri di jagatraya ini. Aku tak nafikan itu. Sometimes being alone is really, really not GOOD. Boring… No one to chat (bukan mengumpat naa…) with or to share any events of the day. Tiada siapa mahu dirinya tidak diingatkan tentang kekhilafanya. Teguran-teguran buat memeperbaiki diri yang alpa. Duduk sendiri tak memungkin itu…

Jangankan kita, RASULULLAH pun punya SAHABAT-SAHABAT buat penemannya di sepanjang jalan kehidupan BAGINDA S.A.W. Dahsyatnya UKHUWAH mereka… (Malu aku kerana masih belum mampu nak capai tahap seperti mereka, SAHABAT RADIYALLAH HU ANHU)

P/S - Rindunya kepada kenangan di KUiTTHO… Semoga semua sahabat-sahabat berjaya dengan lapangan kehidupan dan haluan masing-masing dan semoga ALLAH mempertemukan kita di JANNAH bersama SAHABAT-SAHABAT yang kita telah ’tinggalkan’ selama ini.

Buat SAHABAT-SAHABAT yang ‘baru’ aku kenali, semoga istilah baru’ itu bukan halangan untuk kita. Halangan apa? Halangan untuk BERSAHABAT…DUNYA WAL AKHIRAH