29 REJAB 1429 H bersamaan 1 OGOS 2008. Hee… 2 hari aku tak menulis

Baru pulang dari studio aku mempersiapkan diri untuk menghadapi Maghrib. Tenang rasanya dapat lari dari hiruk-pikuk dunia ’studio’, walau sebentar. Bukan lari secara total walaupun itu yang teramat aku inginkan tika dan saat ini…

Tiba-tiba aku aku ’diberi’ inspirasi untuk menulis. Pujiku pada MU Ya Rabbi…

Antara menyendiri dan ’berjemaah’ (kawan-kawan) mana yang lebih ’menarik’? Aduh… Persoalan ini abstrak bagiku kerana dua-dua punya waktu dan peruntukannya tersendiri.

SENDIRI

Adakalanya SENDIRI itu membawa ketenangan, bahagia, dan jauh dari kebisingan, tidak kira sama ada mahu ’lari’ dari persekitaran yang membingitkan atau orang-orang yang ’definitely annoying’ (aku berdoa tidak tergolong dalam golongan ini). Kadang-kadang aku suka berjalan sendiri sebab aku boleh ‘steer my own wheel’. Aku boleh mahu ke mana yang aku sukakan (walau terpaksa berulang-alik ke destinasi yang sama). Sejujurnya, sendiri itu kadang membuahkan inspirasi dan dengan sendiri itu juga ‘rancak’ munajat kita kepada AL-KHALIQ. Kurang malunya dapat menangis dan berdoa di hadapan ALLAH apabila bersendiri.

SAHABAT-SAHABAT

“Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih daripada kumpulannya.”

Namun BERJEMAAH itu ada citranya juga. Aku cuba memaknai ’JEMAAH’ ini dengan maksud; SAHABAT, KAWAN-KAWAN, TEMAN dan sebagainya. Ya, TEMAN punya tempatnya sendiri di jagatraya ini. Aku tak nafikan itu. Sometimes being alone is really, really not GOOD. Boring… No one to chat (bukan mengumpat naa…) with or to share any events of the day. Tiada siapa mahu dirinya tidak diingatkan tentang kekhilafanya. Teguran-teguran buat memeperbaiki diri yang alpa. Duduk sendiri tak memungkin itu…

Jangankan kita, RASULULLAH pun punya SAHABAT-SAHABAT buat penemannya di sepanjang jalan kehidupan BAGINDA S.A.W. Dahsyatnya UKHUWAH mereka… (Malu aku kerana masih belum mampu nak capai tahap seperti mereka, SAHABAT RADIYALLAH HU ANHU)

P/S - Rindunya kepada kenangan di KUiTTHO… Semoga semua sahabat-sahabat berjaya dengan lapangan kehidupan dan haluan masing-masing dan semoga ALLAH mempertemukan kita di JANNAH bersama SAHABAT-SAHABAT yang kita telah ’tinggalkan’ selama ini.

Buat SAHABAT-SAHABAT yang ‘baru’ aku kenali, semoga istilah baru’ itu bukan halangan untuk kita. Halangan apa? Halangan untuk BERSAHABAT…DUNYA WAL AKHIRAH

One Response to “PILIH ANTARA 2 atau TAK PERLU PILIH PUN?”

  1. nahwanNUR said

    Ada Masa,Rasa ingin Berkelompok,Ada Tika,Rasa Ingin Sendirian,Pergilah Jika Disana Ada Yang Kau Cari,dan Pulanglah Kerana Kita Hidup Berjemaah

    assalamualaikum, moga berjaya untuk studio topikal+komprehensif. Kirim salam dekat lecturers ya

Leave a Reply