MARI BELAJAR BAHASA PERANCIS
August 2, 2008
30 REJAB 1429 H bersamaan 2 OGOS 2008
Bonjour semua, hari ini mari sama-sama kita belajar bahasa Perancis (Hayya bil Perancis… eh, betoi ka?). Sebenarnya untuk semester ini aku mengambil subjek Bahasa Perancis dan minggu hadapan akan ada kuiz yang pertama, jadi melalui Harukugatsu’s serene ini aku cuba memanfaatkan ruang dan waktu untuk aku belajar bahasa ini sambil mengajarkan kepada yang lain. Dan mana tahu ‘MEDAN DAKWAH’ kita nanti memerlukan aku atau sesiapa sahaja menggunakan bahasa Perancis.
Untuk pengetahuan, Bahasa Perancis merupakan bahasa komunikasi bagi negara-negara seperti:
- ASIA TENGGARA (Vietnam, Kampuchea dan Laos)
- AFRIKA (Libya, Algeria, Morocco, Mesir, Congo dsb)
- EROPAH (Perancis, Switzerland, Luxembourg, Belgium, dan Eropah Timur)
- AMERIKA (Kanada-Wilayah Quebec dan Guyana)
- KEPULAUAN SEYCHELLES dan MAURITIUS
Wah… besarnya medan untuk kita berjuang.
Lecon 1 Se Saluer (Greeting People)
Bonjour – Selamat Sejahtera / Selamat Pagi
Bon journee – Semoga hari adalah hari terbaik buat kamu
Bon apres-midi – Selamat tengah haru …… Eh, tengah hari
Bonsoir – Selamat petang
Bon soiree – Semoga hari adalah hari terbaik buat kamu
Bonne nuit – Selamat malam
Salut ! – Hai
Allo ! – Hello
Bon appetit – Selamat menjamu selera
Bon anniversaire – Selamat Har Lahir
Bon voyage – Selamat jalan
Merci – Terima kasih
Merci beaucoup – Terima kasih banyak-banyak
Pardon – Minta maaf
Oui – Ya
Non – Tidak
Dako – OK
Ingatan bersama, mungkin kita sebagai Muslim akan sukar melupakan bagaimana Kerajaan Perancis mengharamkan pemakain HIJAB kepada saudara-saudara kita di sana. Tapi jangan kita lupa, di sebalik UJIAN ADA HIKMAHNYA. Bagaimana selepas 11 SEPTEMBER, banyak orang mendalami ISLAM kerana INGIN TAHU dan akhirnya ALLAH buka pintu hati mereka untuk KEMBALI kepada ISLAM… SUBHANALLAH.
KITA DOAKAN ORANG-ORANG PERANCIS JUGA BEGITU… AMEEN
“Apabila telah datang pertolongan ALLAH dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama ALLAH, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNYA. Sungguh, DIA MAHA PENERIMA TAUBAT.”
(AN-NASR, ayat 1-3)
