SELF-MONOLOGING.

October 30, 2008

Emm, sendirian di studio bertemankan dengan lagu Jason Marz, I’M YOURS tajuknya…

ALHAMDULILLAH, baru usai ber’PORTFOLIO’. Dari pagi dan terus lanjut ke petang, menunggu para pensyarah yang aku kagumi dan hormati memberi komen-komen atas kerja kami, para siswa siswi tahun 4. Dalam tengah menunggu mereka habis berdiskusi tentang prestasi kami. Tiba-tiba nama beberapa orang dan aku dipanggil. Expectation aku… Apa yang tak kena dengan design aku kali ini. Berputar-putar fikiran aku sebab berusaha untuk menjawab soalan panelis yang bertanya tentang apa yang aku dapat sepanjang melakukan ‘Topical Study’ ini.

Kecut perut…

Tertanya-tanya…

Gusar…

Mesti design aku tak best…

Apa yang telah terjadi kepada aku sem ini…

Macam-macam ada…

Macam-macam perkara yang aku fikirkan.

Tapi aku gagahkan rasionaliti pemikiran aku untuk menerima apa-apa keputusan. Ya RABBI, aku hamba yang selalu bermaksiat, namun dalam hati ini ingin sekali menjadi hamba MU yang terbaik…

Aku kena baiki diri. Optimis bahawa untuk Comprehensive nanti aku boleh menjadi kalangan orang yang terbaik. Tapi apakah kesempurnaan dalam design yang aku cari atau kepuasan mendapat ‘ilmu?

STOOPPP!!!

I MUST DO A SELF CONTEMPLATION… Oo ALLAH guide me.

THE UNSUNG HEROES

October 22, 2008

The Unsung Heroes… Tak silap aku nama buku. Tapi aku tak baca lagi buku ni, dan pastinya aku pun belum ada keinginan nak membacanya. HEHEHE…

Tinggalkan itu semua. Sebenarnya aku mahu berbicara tentang ‘JASA-JASA’ para pejuang yang tak didendangkan, kerjaya yang tak glamor pun TAPI secara peribadi aku sangat-sangat bangga kepada para ‘amilin’ ni – that is MAKCIK/PAKCIK/ABANG/KAKAK CLEANER. Yeah… I know the language is harsh, so that is why I prefer to refer them as the UNSUNG HEROES.

Huii… hero yang tak didendangkan dan pastinya tak dikenali. Melangit pujian tu. Cukuplah sekadar aku hargai dan berterima kasih dengan ‘JASA’ depa.

TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA, TANPA KALIAN BETAPA TAK BERSIHNYA STUDIO DAN UTM NI.

October 22, 2008

22 OKTOBER 2008

Berpagi-pagi di studio, menatap blog yang kosong. Nak tulis apa ya pagi ni… Semalam macam ada macam-macam perkara yang mahu dicoretkan tapi seperti kebiasaannya, kalau tak di’jot down’ kat mana-mana pasti kesudahannya LUPA.

Well, if I have the time I shall continue…

LASKAR PELANGI…

October 21, 2008

LASKAR PELANGI – NIDJI

Mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya…

*STUDIO TAHUN 4 SBL – 1.25 ptg*

Ada apa pada nama… Apa ada pada nama? Emm… Mestilah jawapan utama, di sebalik nama ada maksud dan ada ‘TUJUAN’ kenapa nama itu dipilih, terpilih, atau dilorongkan oleh ALLAH SWT untuk memilihnya. Well, macam nama SITI AMINAH lah kan.Mak aku yang bagi… Eh, jap mak ke atok yang bagi, eh bukan nama ini adalah hasil syura antara parents aku dan ALLAHYARHAM / ALLAHYARHAMAH nenek dan datuk sebelah ibuku.

Nama bonda RASULULLAH. Tapi bila dikenang – kenang, ditimbang – timbang kati, kilogram, auns bahkan miligram, sejujurnya aku tak sampai lagi ke tahap menyamai walau sejengkal mahupun setengah inci peribadi bonda tercinta ini… Teruknyaaaaaaa… BUT I must try die die.

Tinggalkan sejenak tentang itu, mari kita berdiskusi tentang nama, let say, blog ni (tak tergamak nak kata blog kesayangan ramai… hehe, perasan betoi. Bila lah nak jadi weblog macam USTAZ HASRIZAL ke, Marina mahathir ke. Itu aku sendiri pun tak bisa menjawabnya.)

H.A.R.U

K.U.G.A.T.S.U

Sepatutnya perbincangan berkenaan nama ni moleklah dibuat seawal pengenalan weblog ni. Entahlah, dulu – dulu tak terfikir nak berbincang tentang nama ni, tiba-tiba sahaja malam ni diilhami untuk menulis tentang NAMA.

Haru kugatsu membawa pengertian yang cukup mendalam bagi aku yang mengaji bahasa jepun through books… hehehe (Jangan sesat udah). Kalau nak diertikan setiap patah-patah perkataan,

HARU adalah BUNGA & KUGATSU adalah SEPTEMBER.

Bila digabungjalinkan kedua-duanya, jadilah HARU KUGATSU @ BUNGA SEPTEMBER.

Hehe, bukanlah nak mengatakan aku ni macam bunga, tapi nak lah kata macam tu sebab kalau bukan aku sendiri yang men’jeck’ diri aku, tiada siapa dalam jagat raya ini yang akan berbuat sedemikian terhadap aku. Aku tahulah setakat mana ke’BUNGA’an aku ni. Nak kata bunga sakura, cantik woii, tapi kalau nak disamakan dengan bunga lalang pun cantik juga, pendek kata mana-mana bunga adalah Bunga Citra Lestari (mak aii… Jauh analogi aku). Dalam ilmu landskap, bunga-bunga ada fungsi / peranan yang tersendiri, bergantung kepada kesesuaian tempat, iklim dsb. Semoga kau pun mampu berperanan selayaknya.

Selalunya, bila orang-orang dahulu berkata-kata pastinya BUNGA is somehow related to WOMEN, dan kumbang is for men. Halusnya bahasa orang-orang dahulu. That interest me to pick ‘BUNGA’.

Bunga juga ada dalam pantun  Melayu,

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibayar mati

Lebat daun bunga tanjung
Berbau harum bunga cempaka
Adat dijaga pusaka dijunjung
Baru terpelihara adat pesaka

(Hehe, pantun kedua tu pasal pisang dahh…bukan bunga)

Dan SEPTEMBER, adalah bulan kelahiran aku (patutnya aku tulis entry ni semasa birthday aku…)

Semoga ‘BUNGA” yang lahir pada bulan ‘SEPTEMBER’ ini dikurniakan secebis kudrat untuk ‘mengharumkan’, ‘menyejukkan mata’, ‘memberikan ketenangan’ kepada setiap insan yang ditemuinya. Ameen…

ON MY DAILY BASIS

October 14, 2008

Again, I am in the race wth time to complete my studio. Huahua… banyak nya tido sekarang. Lebih dari yang sepatutnya.

But I am still trying my best to write something in this blog though sometimes ‘AN IGNORENCE’ cannot be ignored.

Beside the issues about the delay on campus election, the race of UMNO up coming general assembly, and in today’s NST front page – Sarah Palin spectacles hits the cover (ooo… I wish I can grab a pair for myself…hehe, but Mak will not allow me.), I am really really occupied with the news of Shah Rukh Khan getting the title of ‘Datuk’. Many people are talking about the ‘generosity’ of Malacca for giving him the title and I am quite shock with that (Well, maybe I am jealous because I can’t reach that title… Yet). If Siti Nurhaliza can get the title of Datuk because of her achievement in her music / singing carrier, that I shall also can. But if the ‘dunya’ is my target than that is my ‘OBJECTIVE OF LIFE’. fame and fortune… uhhh, don’t be addicted with that.

Funny how sometimes we see that the ‘drama’ we are watching on our daily life are sometimes full of MYSTERY, SOMETIMES RIDICULOUS BUT FULL OF MEANING AND OTHER TIME IT IS FULL OF CRAP. But in the end, everything has its ‘HIKMAH’… Pursuit it. and use the aqal to think… not ting tong.

- I am aiming for the ‘MOON’, and if miss…may I hit the stars. (NO.. I HOPE I DON’T MISS) -

YANG KUTUNGGU…

October 9, 2008

As usual pagi ni aku gagahkan diri ke PSZ meneruskan perjuangan untuk menyiapkan tugasan yang tak berpenghujung… huahuahua. Aku cepatkan langkah… Lorr, awal lagi, belum pukul 8.00AM lagi. Jadi sementara menunggu PSZ buka aku lepak-lepak kan diri kat FOYER sambil-sambil menyiapkan SUDOKU yang banyak ‘rongak’ (bila lah nak jadi ‘penggiat SUDOKU yang konsisten’).

Tunggu punya tunggu akhirnya, terbuka pintu PSZ… ALHAMDULILLAH. Aku masuk dan terus ke aras 4, take the usual spot and then ‘exploring’ for the desired books. Dalam tengah sibuk-sibuk ‘usha’ buku-buku terdengar lah bual bicara tentang satu berita yang aku tunggu-tunggu sejak awal minggu ini. Aku dengar je la depa bersembang dan ‘buat ketupat’. Tapi awal-awal memang peratus jangkaan untuk ‘peristiwa’ ini berlaku adalah tinggi untuk ‘YA’.

Aku tak puas hati, terus set up laptop dan find out about the breaking news…

Ya, C.O.N.F.I.R.M Pak Lah will not defend his title’.

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan sekaligus memberi laluan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas itu……

(PETIKAN UTUSAN MALAYSIA, 9 OKTOBER 2008)

Well, aku bukan lah penganalisis politik yang bertauliah mahupun ada certificate untuk megulas landskap politik Malaysia hari ini (though I am a LANDSCAPE architecture student… hehe, tak de kaitan pun).

Tunggulah 2,3 hari lagi apa yang akan terjadi dengan ‘kertertunggang-terbalikan’ politik Malaysia. Makin terbalik, atau kembali tenang / stabil TAPI macam mungkin belum boleh baik lagi jer… PESIMIS betul aku ni.

Aduhai… perutku sudah mula berkeroncong, laparnya… Mana nak cari makan kat PSZ ni. Tolong!!!

WHAT A WONDERFUL DAY

October 7, 2008

Another sigh ‘exited’ from me… What a wonderful day and I am here, struggling and fighting with ‘me’ inside. I must fight myself to make sure I can ‘win’ this semester…

Today is the 7th of Syawal and it is time to ‘come back’ to the study desk and the life of a student (though I feel like the Raya mood is still in the air…emmm). Naaahh… Raya is raya and it should be over for me A.S.A.P because the design stage should be aggressively focus NOW, not Raya.

Not much to be written here, just occupying my time and to update my ‘empty’ blog which was left by me for almost 10 days without any stuff or writing material.

Just want to wish,
EID MUBARAK and MAY ALLAH BLESSED US WITH ANOTHER CHANCE TO PURSUIT THE NEXT STEP OF ‘LIFE’ AFTER RAMADHAN. DON’T FORGET ABOUT THE 6 DAYS OF SAUM IN SYAWAL…

COME ON MIN…