Tahun lepas ada cerita pasal ‘Diari Ramadhan Rafiq’. Ini kali, ‘Diari Ramadhan Aminah’ pula… Hahaha. Just a simple jot of what may I be doing the whole month. Mestilah diisi dengan berpuasa. Ish3 … But, this is a special month, so let the ‘amal also be special. Ye dik non …
Hari ini 10 Ogos 2010, dan InsyaALLAH esok, akan bermulalah 1 Ramadhan. Subhanallah. Diberikan peluang untuk ‘bertemu’ dengan ‘tetamu’ itu untuk kesekian kalinya.
ALLAH HUAKBAR …
Hari ni jugalah baru aku terkedek-kedek nak membelek semula perkara-perkara berkenaan PUASA. Katanya, ‘save the best for last’… Huhuhu … Hari terakhir sya’ban baru nak mentelaah untuk Ramadhan.
Semoga yang lewat ini membawa sedikit manfaat dan bekalan yang sewajarnya untuk menempuh ‘perjalanan Ramadhan’ yang mendatang.
Salam Ramadhan untuk teman-teman di luar sana. Semoga cita-cita untuk mendapat Ramadhan yang terbaik, kali ini akan terlaksana. Ameen …
O ALLAH, I may be not the best servant presently, but I hope tomorrow will be a ‘brand-new’ me.