Seeing is Believing, BELIEVE … & SEE.
Betul kah PERLU MELIHAT BARU BOLEH PERCAYA?
Atau BOLEH SAHAJA PERCAYA TANPA MELIHAT?
Boleh saja mempercayai tanpa melihat, asalkan bersandarkan pada SANDARAN YANG BENAR. Jangan salah sandar, nanti rebah ke tanah. Hati-hati dengan pandangan mata, boleh jadi ia tipuan belaka. Fatamorgana.
Teringat ceramah Ustaz Badrul Amin dari walkman buruk yang telah banyak berjasa, (di manakah kamu wahai walkman?) berkenaan Isra’ Mi’raj, statement daripada Ustaz, seandainya kita ditakdirkan hidup pada Zaman Jahiliyah dan kita ditakdirkan bersemuka Baginda Rasulullah bilamana Baginda menyeru untuk MEMPERCAYAI UCAPAN Baginda berkenaan ‘PERJALANAN MALAMNYA’. Akankah kita menjadi para SIDDIQIN (yang membenarkan) ucapan Baginda. Atau kita akan tergolong ‘bersama’ Abu Jahal dan konco-konconya. Merenung panjang juga aku tatkala itu. Kerana ada sekelumit ‘kekhuatiran’ bahawa aku jadi golongan ‘non-believer’ … Nauzubillah.
Samalah apabila diperkatakan bahawa ‘have faith’. YAKINLAH.
Sebab itu syurga, neraka, pahala, dosa, dan yang ghaib itu sangat tinggi KEPERLUAN KEYAKINAN KEPADA KEKUASAAN-NYA. Perkara-perkara itu semua sudah pasti tak dapat dilihat dengan mata kasar. Apatah lagi mahu dirasakan dengan tangan atau lidah. Namun yang pasti, YAKINLAH, BAHAWA SEMUA ITU BENAR.
Lihatlah dengan PANDANGAN ‘MATA HATI’ YANG TERPIMPIN kerana pandangan mata retina, iris ini hanya sementara, bila-bila masa boleh BUTA atau ‘DIBUTAKAN’.
[Sumber: http://www.philosophy.leeds.ac.uk/News/AHRCaesthetics.htm]
YA ALLAH, kadangkala apabila diuji dengan sedikit musibah / ujian mula terasa putus asa. Keluh kesah silih berganti, kadangkala ada rasa ‘hilang’ sejenak, tapi kumohon agar dapat mengasuh hati ini untuk ‘MEMANDANG’ di sebalik yang tersirat dan tersurat dalam setiap butir-butir ujian serta rahmat-MU. Ya Khaliq.
