SUATU PERKENALAN.

February 16, 2009

Well as usual hari minggu aku habiskan masa di studio. What else to do than ‘memerah’ keringat dan otak mencari idea-idea untuk design. Tapi dalam sibuk-sibuk (macam sibuk la) sempat juga meluangkan masa merayap jap ke taman U. Bukan apa, cari butter paper and markers…

As usual, naik bas lah…menggunakan semua perkhidmatan yang telah dibayar sebelum ini.

Dalam perjalanan ini, menuju destinasi (kedengarannya macam lagu), duduk lah seorang muslimat dari Negara Turkey. What a nice lady, disapanya daku dengan salam dan kami sempat berbual sedikit. Student fakulti Sains Komputer. Kunyatakan betapa jauhnya dia merantau untuk mencari ilmu, dia sekadar membalas dengan senyuman. Sempat bertukar-tukar jabat tangan, sebelum berpisah.

May we see again one day Khadijah… Itu namanya.

AL-HAQ…

February 14, 2009

Assalamu`alaikum wbt,
sumber:http: //haluanpalestin .haluan.org. my/?p=2019

Dr Sami Abu Zuhri: Peperangan di Gaza hanyalah satu permulaan

February 12, 2009

Dr Sami Abu Zuhri bersama Ahmad Husein Abu Husam di dewan Sivik Petaling Jaya pada 10 Februari 2009.

Dr Sami Abu Zuhri (kiri) bersama Ahmad Husein Abu Husam di Dewan Sivik Petaling Jaya pada 10 Februari 2009.

Serangan dahsyat tentera Zionis Israel ke atas penduduk Gaza merupakan hanya salah satu rentetan dari sejarah keganasan mereka sejak lebih 60 tahun lalu. Tidak siapa dapat melupakan penyembelihan amat dahsyat yang mereka lakukan di Sabra dan Shatila pada bulan September 1982. Ada yang melaporkan tragedi Sabra dan Shatila mengorbankan 3500 orang, walaupun peristiwa itu tidak dapat dilaporkan dengan tepat kerana strategi Israel laknatullah menyekat kemasukan media dan seterusnya menghapuskan sebarang kesan atau bukti aksi kebinatangan mereka tersebut. Penghuni Sabra dan Shatila dibunuh beramai-ramai, bayi-bayi dalam buaian disembelih, wanita-wanita diperkosa… apa lagi kalau tidak disebut sebagai aksi binatang, bahkan jauh lebih hina dari binatang yang tidak berakal. Itulah bala tentera kejam yang dipimpin oleh Ariel Sharon menggunakan militia Palangis untuk melakukan kemusnahan.

Zionis akan terus melakar sejarah besar sebegitu. Permusuhan Zionis dan sekutunya terhadap mereka yang menentang perancangan jahat mereka tidak akan terhenti sehinggalah mereka menjadi raja dan menghapuskan semua makhluk penentang tadi. Mereka akan melakukan apa sahaja yang perlu tanpa rasa takut kepada sesiapa saja.

Namun kita yakin Allah tidak akan mengizinkan begitu. Apa lagi di atas bumi Palestin yang mulia dan suci. Sebuah hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari berbunyi, “Akan sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya, ”Dimanakah mereka ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah “Di Baitul Maqdis dan sekitarnya.” Sungguh, kejadian peperangan di Gaza menyaksikan betapa benarnya ayat-ayat Allah dan sabda Rasulullah saw.

Suka saya berkongsi sedikit maklumat yang disampaikan oleh seorang jurucakap kanan kepada kerajaan Palestin di Gaza, Dr Sami Abu Zuhri, bersama seorang lagi pejuang Palestin Ahmad Husein Abu Husam yang sempat singgah di negara kita untuk menceritakan apa yang telah berlaku di Gaza dan Palestin secara umumnya.

Sebagaimana yang kita maklum, serangan ke atas Gaza didahului dengan kepungan yang amat dahsyat selama setahun setengah. Akibat kepungan dan sekatan tersebut, penduduk Gaza tidak mendapat bekalan asas seperti makanan, ubatan, elektrik dan sebagainya. Rakyat Gaza hidup dalam serba kesusahan, tidak mempunyai perkerjaan untuk menyara keluarga, disekat dari dunia luar. Itu semua adalah satu usaha untuk membenamkan penentangan rakyat Palestin terhadap Israel. Tetapi usaha itu ternyata gagal. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis Rasulullah tadi, bumi Palestin melahirkan jiwa-jiwa yang sentiasa berjuang memikul kebenaran, menentang musuh-musuh mereka. Bukan saja dari kalangan pemuda dan lelaki dewasa, bahkan kanak-kanak dan wanita mereka juga berjiwa demikian.

Apabila kepungan itu gagal maka barulah mereka berusaha untuk melakukan serangan ke atas Gaza. Tetapi malang bagi Zionis Israel dan sekutunya, serangan itu juga gagal.

Antara usaha mereka ialah untuk menghancurkan pejuang-pejuang Palestin, termasuklah kerajaan sah pilihan rakyat Palestin iaitu Hamas. Kata Dr Sami Abu Zuhri, “Tetapi Hamas masih kekal dan boleh berkunjung ke merata dunia, termasuk Malaysia,” (untuk menerangkan apa yang berlaku di Gaza.)

Peperangan di Gaza melibatkan penggunaan teknologi dan senjata yang sangat canggih. Malahan, tentera Zionis mengerahkan lebih 100 buah jet pejuang F-16 buatan Amerika yang termoden, disamping menggunakan peluru berpandu dan peluru kimia. Tetapi malangnya jet-jet dan semua senjata ini digunakan untuk menghadapi wanita dan kanak-kanak yang tidak bersenjata dan lemah, berterusan tanpa henti selama 3 minggu.

Menurut Dr Sami, apa yang tentera Zionis lakukan dalam serangan ini ialah menghancurkan rumah, hospital dan kemudahan awam. Mereka mengumpulkan keluarga-keluarga yang banyak dalam sebuah rumah dan di situ mereka dibunuh dan dihancurkan dengan bom. Sekolah-sekolah diruntuhkan, dan semua universiti dimusnahkan dengan letupan bom. Antara senjata yang digunakan ini adalah senjata yang diharamkan di peringkat antarabangsa, sampai ke peringkat yang boleh mengugurkan daging daripada tulang-tulang manusia.

Kata Dr Sami lagi, “Serangan ini juga bertujuan untuk menjadikan Gaza dan Hamas menyerah, tetapi Hamas terus melakukan tentangan yang diketuai oleh Briged al-Qassam. Roket-roket dapat dilancarkan oleh Briged al-Qassam walaupun mereka menghadapi serangan bertubi-tubi daripada jet pejuang Israel. Roket-roket al-Qassam tidak hanya mengenai kawasan sekitar Gaza, tetapi juga di beberapa tempat strategik di beberapa bandar Israel. Usaha menjatuhkan Gaza gagal, dan pejuang-pejuang Palestin dan Hamas berjaya, bahkan mereka dapat menghadapi semua itu dengan kejayaan.”

Spesifikasi teknikal roket yang digunakan Briged al-Qassam hanya boleh mencecah sekitar 40km sahaja. Tetapi dalam peperangan menentang Zionis ini, roket tersebut boleh sampai ke kawasan hampir dengan Tel Aviv, iaitu lebih dari 60km. Hanya Allah yang Maha Tahu bagaimana roket-roket itu boleh sampai ke sana, malahan mengenai sasaran strategik seperti kem pertahanan Israel.

Ada dua objektif utama serangan Israel terhadap Gaza, iaitu untuk menghancurkan roket-roket Briged al-Qassam dan seterusnya menghancurkan pejuang Palestin termasuk kerajaan Hamas. Tetapi kedua-duanya gagal dilakukan Israel. Malahan kanak-kanak dan wanita-wanita Gaza juga bersama menghadapi penentangan tersebut, bukan hanya sekadar memberi sokongan. Rakyat Gaza kini berebut untuk berjuang menentang Israel. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin kerajaan di Gaza, sebagaimana dinyatakan oleh Ahmad Husein bahawa Perdana Menteri, Ustaz Ismail Haneyya, juga turut ke perbatasan memikul senjata.

Banyak terdapat mukjizat yang menunjukkan pertolongan Allah. Kata Dr Sami, “Apa yang berlaku ke atas Gaza tidak dapat dinilai berdasarkan nilaian material. Tapi saya yakin, sesungguhnya Allah bersama dengan kami. Kerana itulah kejayaan dapat ditempuhi oleh Gaza dan (pejuang Palestin) Hamas.”

Tentera Israel telah membuat pengakuan bahawa mereka dapat menyaksikan tentera yang berpakaian putih, tetapi sebenarnya tentera mujahidin di Gaza tidak mempunyai pakaian begitu. Ada juga yang menyaksikan seorang tentera berpakaian putih yang tingginya sampai ke langit.

“Ada juga tentera Israel yang tidak dapat melihat kerana dia merasakan salah seorang dari tentera mujahidin telah mencampakkan kepada mereka sesuatu yang menyebabkan mereka tidak dapat melihat. Allah swt berfirman, ’sekiranya kamu menolong Allah, Allah akan tolong kamu dan menetapkan langkah-langkah kamu.’ Oleh itu kami sangat yakin pertolongan Allah turun di Gaza, kerana itu kami mencapai kemenangan,” hujah Dr Sami lagi.

Ahmad Husein sempat juga menceritakan bagaimana seorang pemuda Palestin yang berwasiat supaya dikebumikan bersebelahan kuburan ayahnya yang telah syahid 6 tahun lalu. Apabila pemuda tersebut syahid, digali kuburan bersebelahan ayahnya sebagai memenuhi hajat beliau. Sangat mengejutkan apabila mereka dapati kain kafan ayahnya yang syahid 6 tahun lalu masih elok dan mayatnya berbau wangi seperti kasturi.

Dr Sami menyambung syarahannya, “Pada musim panas yang lalu Gaza telah mengeluarkan 5,000 hafiz al-Quran. Dan kami akan menyediakan untuk musim panas yang akan datang 10,000 hafiz al-Quran. Oleh kerana itu kami sangat yakin bahawa mereka (usaha serangan Israel) akan gagal.” Begitulah hakikat kekuatan yang ada pada Palestin. Malahan apa yang terjadi di Gaza tentu membingungkan rejim Zionis dan sekutunya. Bagaimana negara yang begitu kecil dan sekian lama disekat daripada dunia luar mampu bertahan menghalau tentera penceroboh dari menakluki bumi mereka?

“Mungkin anda saksikan di media bahawa Gaza itu sebuah negara yang besar. Tapi sebenarnya ia adalah sebuah negara yang kecil, lebih kurang 360km persegi. Walaupun negara ini kecil, kami dapat menghadapi serangan yang begitu hebat daripada Yahudi. Dan kejayaan yang diperolehi begitu besar, lebih besar daripada apa yang berlaku pada 1967,” ujar Dr Sami lagi.

Walaupun merasa amat bersyukur atas kekuatan dan kemenangan yang dicapai, Dr Sami merasakan bahawa Palestin sangat memerlukan bantuan untuk membina semula negaranya yang musnah. Sokongan dari seluruh dunia terhadap perjuangan Palestin kini menyerlah. Konspirasi Zionis tidak lagi dapat mengelaburi mata manusia yang melihat dan berfikir.

“Benar, Gaza telah berjaya tetapi kita yakin peperangan ini belum berakhir. Di sana terdapat 10,000 rakyat yang masih belum memiliki rumah dan sempadan masih lagi ditutup, mereka masih lagi dikepung. Oleh kerana itu kami menyeru anda semua untuk terus memberikan sokongan dan bantuan dalam segala bentuk, kami masih lagi menderita dengan pelbagai penderitaan,” kata Dr Sami.

Bagi pihak kerajaan Palestin di Gaza, mereka juga melakukan beberapa pertemuan dan perbincangan dengan pegawai Mesir yang bertujuan supaya pintu dibuka dan bantuan dapat masuk ke sana.

Rejim Zionis meletakkan kamera dan kawalan di sempadan untuk memastikan bahawa senjata tidak masuk ke Gaza. Begitu juga mereka meletakkan penguasaan di laut untuk memastikan senjata tidak masuk ke Gaza. “Tetapi kami ingin jelaskan bahawa kami akan memperoleh senjata tersebut daripada bawah bumi ataupun dari atas bumi. Penentangan ini akan berterusan dan kami bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran di masa hadapan,” tegas Dr Sami.

Yang jelas, kekejaman Zionis Israel tidak hanya berlaku di Gaza. Ketika mata dunia terpacak ke Gaza, Zionis terus melaksanakan perancangan mereka di Tebing Barat, khususnya di sekitar Masjid al-Aqsa. Malahan mereka terus menggali terowong-terowong di bawah Masjid al-Aqsa sebagai usaha untuk cuba meruntuhkan masjid mulia tersebut. Itulah yang mereka rancangkan sejak puluhan tahun yang lalu, iaitu untuk membina “Haikal Sulaiman” di atas runtuhan Masjid al-Aqsa dan seterusnya menjadikan Baitumaqdis sebagai pusat pemerintahan Zionis antarabangsa. Dr Sami menegaskan, “penjajahan masih berterusan dan kami yakin bahawa permusuhan ini akan berterusan. Oleh kerana itu kami akan sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Saya ingin menegaskan di sini bahawa penentangan Hamas terhadap rejim Israel bukan hanya di Gaza tetapi juga sudah pastinya di al-Quds dan masjid al-Aqsa. Penentangan ini akan berterusan, Gaza adalah merupakan satu permulaan bukan pengakhiran. Kami akan meneruskan perjuangan ini.”

“Peperangan ini merupakan peperangan yang bersifat antarabangsa yang sebenar kerana ia melibatkan pihak-pihak di semua peringkat antarabangsa dan serantau. Kita yakin konspirasi yang mereka lakukan ini akan gagal. Sebenarnya dunia keseluruhannya bersatu bersungguh-sungguh untuk menentang Islam, maka anda hendaklah bersama dengan kami membantu memenangkan Islam,” jelasnya lagi.

Dalam mengakhiri kuliahnya, Dr Sami terus memberi pesanan yang sangat penting kepada seluruh umat Islam. “Peperangan di Gaza bukan hanya untuk membela dan menjaga Palestin tetapi sebenarnya untuk menjaga kemuliaan Islam dan umat Islam. Oleh kerana itu jika sekiranya anda bersama dengan kami membantu Gaza dan pejuang Palestin, maka itu beerti anda membela umat Islam keseluruhannya,” sambung Dr Sami.

Inilah janji Dr Sami sebagai mewakili pejuang Islam di Palestin, “Apa yang mereka (Zionis) kehendaki adalah supaya kita (pejuang Palestin dan Hamas) menyerah diri dan mengiktiraf Israel. Tetapi saya tegaskan bahawa Hamas sama sekali tidak akan tunduk dan menyerah diri kepada Israel. Hamas berjanji kepada Allah untuk meneruskan perjuangan ini sehingga ke penghujung jalan kerana apa yang kami lakukan adalah samada kemenangan atau mati syahid di jalan Allah. Itulah juga janji kami kepada anda sekelian.” Begitu tersentuh hati saya dengan kata-kata tersebut, sehingga menitis air mata. Memang, sudah berkali-kali air mata saya menitis melihatkan sengsara mereka, tetapi kali ini saya begitu sebak kerana memikirkan betapa mereka berjuang memikul bebanan seluruh umat Islam menentang agenda kufar. Mereka menyerahkan segala apa yang ada, termasuklah jasad dan roh mereka, untuk menentang Zionis laknatullah. Sedangkan kita masih dibuai kemewahan, dan terus mengejar kemewahan, tanpa sedikitpun merasa pedih sebagaimana mereka berhadapan dengan peluru dan bom Israel. Mereka sekian lama ditindas, tetapi kita tidak lansung peduli dan terus sibuk dengan kehidupan seharian kita.

“Matlamat kami adalah untuk mencapai kemenangan atau syahid di jalan Allah swt. Sebagaimana kami tegaskan sebelum ini. Kami akan terus dengan perjuangan ini. Maka kami berharap anda sekelian juga terus dalam perjuangan ini. InsyaAllah kemenangan akan bersama dengan Islam.” Itulah ayat terakhir Dr Sami dalam syarahannya.
Sebagai memenuhi permintaan kepada satu nasihat, Ahmad Husein menjawab, “Anda mempunyai peranan yang besar. Pertamanya gunakanlah suara anda, nyatakan sikap dan fakta yang betul berkenaan perjuangan di Palestin. Juga, hulurkanlah doa terutamanya di waktu malam. Doa adalah senjata untuk orang Mukmin. Kemudiannya, sumbangkanlah sedikit dari harta anda. Gaza memerlukan wang yang banyak untuk dibangunkan semula.”

Ya! Kita ada peranan yang besar, walaupun tanpa perlu mengangkat kaki melangkah ke bumi Palestin. Lakukanlah saranan itu semaksima yang boleh, agar kita tergolong dari kalangan mereka yang berjuang mempertahankan bumi Palestin, bumi wakaf umat Islam yang ditinggalkan oleh pejuang terdahulu untuk kita bebaskan dari kekejaman. Yakinlah, yakinlah, bahawa kita semua akan disoal di akhirat kelak. Rugilah kita jika hanya mendengar dan melihat tanpa disusuli dengan tindakan yang bersungguh-sungguh!

Renungkanlah ayat berikut sebagai amaran dan motivasi kepada kita:

Dan infaqkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu; lalu dia berkata (menyesali), ‘Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku termasuk orang-orang yang soleh.’” [Surah Al-Munaafiqun ayat ke-10]

__._,_.___

MONOLOG DIRI…

February 12, 2009

Kadangkala rasa di hati ingin berlari meninggalkan sesuatu yang tak pasti. Ehmm… macam bunyi orang yang frust sahaja. Eh, takdelah. Sekadar ingin posting sesuatu di blog ini. Mungkin suatu masa ada ‘nilainya’ blog ini, kalau bukan di sisi manusia, semoga pada ALLAH ada ’sesuatu’.

Esok mahu ketemu dengan studio master, PM Zainul Hakim yang teramat aku hormati. Mahu berbicara soal schematic plan ku yang tiada konsep lagi, tapi harap-harap there is something to discuss tomorrow. Kepingin juga mahu ketemu Dr Sarofil, lagi seorang pengajar yang aku hormati, tapi rasa di hati takut sekali. Takut-takut menghampakan dia lagi dengan ideaku yang tak seberapa ini. TAPI TAK DICUBA MANA NAK TAHU…

Ehmm… I must trust that a brand new day shall come to me, each and everyday. Mungkin hari ini seperti ingin lari sahaja dengan segala urusan duniawi. WELL… Berpenat-penatlah sekarang, semoga kuburan adalah tempat istirehat yang menenangkan…

..

.

THE END

WHAT A WONDERFUL WORLD

February 9, 2009

If only the world today is run by Mankind, is so wonderful as a song…

Then there shall be no war in Palestine, human crisis in Darfur, Kashmir ‘displacement’ and others…

O ALLAH… Do please help us.

What A Wonderful World lyrics

I see trees of green, red roses too
I see ‘em bloom for me and you
And I think to myself, what a wonderful world
I see skies of blue, clouds of white
The bright blessed days, and dark sacred nights
And I think to myself, what a wonderful world
The colors of the rainbow
Are so pretty in the sky
It’s also on the faces
Of people goin’ by
I see friends shakin’ hands
Sayin’, “How do you do?”
They’re really sayin’, “I love you.”
I hear babies cry, and I watch ‘em grow
They’ll learn much more than I’ll ever know
And I think to myself, what a wonderful world
I think to myself, what a wonderful world

by Louis Armstrong

AKU KEMBALI LAGI…

February 5, 2009

5 FEBRUARI 2009

Ehmmm… Rindu mahu menulis. Maafkan aku blog, kasihan ‘engkau’ usang sendirian… Tergerak pula hari ni mahu menjengah kembali ke blog nih. Wah banyak tools dah berubah ye. Ketinggalan aku.

Biasanya bagi orang-orang yang bikin album, ‘hilang’ sejenak dari industry adalah satu cara bagi mereka untuk mengumpul material untuk album baru. Bagi seorang artis pula, ‘khali’ sebentar adalah pelepasan diri untuk mencari idea-idea baru buat penghasilan karya yang bisa ‘mendobrak’ dunia.

Tapi

Bagi penulis blog kontemporari macam aku ni, tiada apa yang perlu dirindukan andai blog aku usang tak berisi hampir 4 bulan lamanya. Biasalah, bilamana diri mula dihinggap virus dan bacteria ‘M’, banyak perkara terhambat. Ada jug aura-ura mahu membuat blog baru dan menukar angin cuba-cuba ke blogspot tapi bila fikir-fikir semula; semasak-masaknya, what the fuss to start again, teruskanlah apa yang telah ada. Cuma perlukan tambahan effort and desire untuk membumbui (bukan mencumbui) pengisian dalam blog ini. Ehmmm… Semoga ALLAH melapangkan dadaku dan meluaskan pemikiranku agar diberi ILHAM untuk menulis… Ameen.

3o JANUARI 2009, sempat menonton Al-Kuliyyah… Alhamdulillah pengisiannya menarik sekali, iaitu berkenaan KHUSYUK. Penceramah dari Seberang, Kiyai AA Gym. Isi kuliah menyentuh perihal bagaimana mahu khusuk dalam solat. Aku akui solat aku sekarang ini masih tak perform pada prestasi yang sebaiknya atau selayaknya, banyak lompang di sana sini. AA Gym berpesan, jadikanlah solat kita priority utama dan JANGAN sampai kita tunaikan solat pada sisa-sisa waktu (In other word, last minute job). Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui betapa berusahanya para hamba ingin sampai ke tingkat khusyuk jadi berusaha dan berdoalah semoga ALLAH akan membantu kita untuk sampai ke peringkat itu… INSYAALLAH.

SELF-CELOTEH

September 14, 2008

14 RAMADHAN 1429 HIJRAH

Here I am, once again… I’m torn into piecea… Eh, tu lagu!

Well, here I am once again – sehari suntuk aku ‘bergelumang’ dengan butter paper, pen 0.6, rough sketches, marker, and of course Internet. Elemen-elemen yang tak akan pernah terpisah dari kehidupan aku selagi mana hayat aku panjang khususnya dalam bidang LANDSCAPE ARCHITECTURE ni… INSYAALLAH. Hehe, hari ni, tulisan ringkas dan pantas sebab mahu mengejar kerja-kerja yang dah ‘lari’.

Untuk kesekian kali juga, ‘kering’ otak ini kuperah untuk meleraikan kecelaruan untuk mencari design ideas untuk second stage studio topical study. Wahh… pening, pening. Mujur dah crit dengan Encik Ismail Embong, dapat juga nampak sikit-sikit ’sinar’ what should I do to my project.

Esok aku determine nak crit lagi… Aku tak tahu sama ada halatuju aku untuk design kali ini sesuai atau tak tapi yang penting design aku kena selari dengan guidelines yang dah di produce.Ni baru preliminary master plan, aku tak tahu apa kan jadi kat aku kalau dah masuk stage untuk siapkan detailed area and baiki report.

Huahuahua… cannot imagine. Tapi tak palah itu adalah masa hadapan yang aku tak tahu, I must appreciate masa kini sebelum ia jadi sejarah, dan pasti sejarah mustahil untuk di rewind macam CD.

*POINT OF SENTENCE*

Macam sama je dengan kehidupan… There are rules and regulations for us to follow and if we ignore it, ter’empar’lah kita dari jalan yang lurus.

JUBLI PERAK… SIPI-SIPI LAAA

September 5, 2008

5 RAMADHAN 1429 HIJRAH – JUMAAT

“Yesterday is a HISTORY, tomorrow is a MYSTERY, and today is a ‘PRESENT”

Akhirnya, setelah hampir 9 bulan ‘attach’ di dalam RAHIM ibunda tercinta, Puan Simong binti Tajang, tepat jam 5.45 pagi ‘dia’ dah tak sabar-sabar nak tengok dunia, maka dengan IZIN-NYA lahirlah seorang bayi yang diberi nama SITI AMINAH BINTI UMAR (ibu ku bilang sempena mengambil nama ibunda Rasulullah S.A.W). Hospital Daerah Pontian menjadi saksi bisu kepada kelahiran seorang ‘baby girl’ yang ALHAMDULILLAH cukup serba serbi, mental wal fizikal. Orang kata dia comel… Well, no komen, boleh menimbulkan kontroversi yang berpanjangan kalau dikomen lebih-lebih. Tingkatkan prestasi, jauhi kontroversi.

The best fact about my life is, AKU LAHIR PADA HARI RAYA AIDILADHA… & may that day gives ‘barakah’ to me… Ameen

Kini, setelah 24 tahun berada ‘di sini’, macam-macam kenangan yang terpahat dalam memori. Ada yang manis, yang payau dan yang pasti ada juga yang pahit (walau apa rasa sekalipun PERLU aku telan)… I hope this journey is still further ahead but who knows what shall happen tomorrow or the day after – there would be surprises, ‘misteri nusantara’, drama, telenovela and the list just won’t stop… Only ALLAH knows best. That is also why I MUST prepare myself mentally and physically as the days go by.

Di kesempatan ini, banyak ‘PRESENT’ yang aku nak minta, dalam bentuk material mahupun yang intangible… Aku DOA dan HARAP:

  • Allah S.W.T panjangkan usia aku dalam keberkatan.
  • Dapat utilize Ramadhan kali ini.
  • Diberi kesempatan ruang atau waktu untuk ‘menadah’ kitab-kitab sirah.
  • Diberi kesihatan untuk beribadah.
  • Diberikan sahabat-sahabat yang baik-baik belaka.
  • Istiqamah bermujahadah… Though it is hard mannn.. AANNDDD
  • Kahwin cepat (eeeekkk… Controversial ni!!!!)

*POINT OF SENTENCE*

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 24… SITI AMINAH BINTI UMAR. BUAT SAHABAT-SAHABAT ‘HALIMUNANKU’, AKU TAKDE KEK YANG BETUL-BETUL UNTUK DISAJIKAN KEPADA KALIAN TAPI KEK ‘MAYA’ NI PUN OK LA KOT… hehehe.


DALAM PERJALANAN INI…

September 2, 2008

2 Ramadhan 1429 H, bersamaan 2 september 2008

Selasa – sudah 2 hari berada dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah…Alhamdulillah. Syukur, kerana ALLAH kurniakan aku untuk berada dalam MADRASAH ini untuk ke-24 tahunnya, eh…. ye ke?? walau seingatku aku hanya mula berpuasa di usia yang lewat sore… darjah 6 baru mengerti apa itu puasa. Puasa perut je la.

Alhamdulillah, walau aku masih belum diberi lampu hijau untuk berpuasa tapi aku bersyukur diberikan lampu hijau untuk duduk dan rasa suasana Ramadhan 1429 H. Walau tidak ‘berkesempatan’ merasai 1 Ramadhan semoga aku dapat rasa untuk hari ke-2, 3, 4, 5 dan seterusnya INSYAALLAH.

Hehe… eventhough kali ni aku tak balik berpuasa bersama ayahanda dan bonda, maafkan anakmu…This time around ditakdirkan 1 Ramadhan berpuasa di KL plak. Jauh betul… tapi jauh perjalanan, luas pandangan. Perjalanan bermula jam 10.30 malam waktu Malaysia Selatan. Tiba sahaja ke KL, dan dan bersahur di rumah sahabiyah dan hubbynya. Thanks a lot for the hospitality and the nasi ayam. :) When will we meet again? Raya kot… hehhe

Seharian berpuasa, tiba saatnya pula berbuka… of course la. Sebelum sampai ke destinasi berjumpa dengan an old friend, sempat berusrah dengan ‘beliau’. Thanks for reminding us what is our purpose for being here. Think everyday, everytime and anywhere. Be prepared and don’t forget to be cautious wth Syaitan.

Destinasi kami, Kampung Sijangkang… Hehe, sedap sungguh berbuka nasi, dan tempe dicecah kuah pecal… air tangan kak Idah, lauk kampung yang dah lama aku tak rasa though I am not a JAVARIAN. After that bertolak pulang ke JB. Ngantuknya driving. Fail lah drive malam-malam ni. Tapi kalau tak cuba bila lagi.

Well, tu lah perjalanan aku di awal Ramadhan kali ini. Lepas ni ke mana pula, Wallahu’alam. But I wish and pray that I can utilize this Ramadhan.

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat waras dan khusyuk
sholatnya. Namun, dia selalu khawatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al- Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan
sholat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu lahir dan
batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu lahir dan batin itu? " Hatim
berkata,"Wudhu
lahir sebagaimana biasa yaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air".
Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan
semua
anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku
rasakan:
1.Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Surga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Shiratal
mustaqim' dan menganggap bahwa sholatku kali ini adalah sholat terakhir
bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam sholat, aku paham maknanya kemudian aku
ruku'
dan sujud dengan tawadhu, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku
memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersholat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia karena membayangkan ibadahnya yang
kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

*RENUNGAN RAMADHAN*

MONOLOG DIRI

August 27, 2008

Hari ini 27 OGOS 2008….

Dingin PSZ dan ‘cengkaman’ Topical Study takkan menggoyahkan diri aku dari menulis… Really? Lari kejap dari kesibukan dunia realiti dan masuk ke dunia ‘halimunan’… hehehe…

Waaaarghhhhh… 1,2,3 dan 4 hitungan hari lagi mahu ‘ketemu’ dengan bulan nan satu ini. Dan betapa pergiliran hari, masa dan detik itu kadang-kadang mengundang ‘dejavu’ dalam diri aku.

Hari ini bersemangat aku membaca kembali penulisan-penulisan aku dan komen-komen daripada sahabat-sahabat (walau tak ketemu, aku doakan kalian berbahagia…TERIMA KASIH DEH ADA HARI MARI DATANG LAGI – rephrasing…atau ‘dejavu’ lagi), tak terduga dah lebih satu tahun rupanya aku ‘bergelumang’ dengan alam penulisan maya ni. Well, sebagaimana yang pernah aku tuliskan dahulu, aku bakal mencandui ‘dunia’ ini, and it’s true that I am addicted to it. Walau kadangkala ‘pojok’ ini hanyalah sekadar luahan perasaan, newspaper articles and lirik lagu. Well, I deserve a pat at the back for my effort (haiii… Masuk bakul angkat sendiri nampak).:)

Kadangkala dunia penulisan aku ada pasang dan surutnya, harus aku berdoa semoga walau demikian rupa, aku TETAP MAHU MENULIS. aMEEN…

Untuk diriku dan ‘tetamu-tetamuku’, maaf tiada santapan air bujang atau kuih-muih pemanis lidah buat menyambut kehadiran kalian dalam blog ini (logik ker???), tapi AKU HARGAI KAILAN…. EH, WAIT A MINUTE, K.A.L.I.A.N.

AKU HARGAI KALIAN dan sempena ‘kembalinya’ Ramadhan ini, aku tujukan khas lagu Harapan Ramadhan. Semoga HARAPAN kita subur terjaga untuk melangkah ‘masuk’ ke dalam bulan Ramadhan, bersedia ‘kelengkapan’ RUHIYAH dan JASMANIYAH, tak lupa revisi kembali niat dan amalan-amalan dalam bulan Ramadhan. Selamat berbahagia menanti Ramadhan…

HARAPAN RAMADHAN

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

MUHASABAH SEPASANG KASUT

August 7, 2008

“Seperti biasanya aku berjalan ke MSI. Singgah untuk tidur ‘Qailullah’ sementara menanti waktu untuk masuk waktu Dzuhur.

Usai solat, aku berjalan keluar MSI.

Eh, mana kasut aku? Aku garu dagu yang tak gatal. Mencari kasut ku yang ‘hilang’. Takkan ada orang curi. ‘IMPOSSIBLE’.

Gulp… Dalam tong sampah!!!

Emm… siapa yang letak situ? atau ayat yang betulnya, siapa yang telah ‘membuangnya’ dalam tu?

Hehe… Silap aku pun. Hukuman buat aku. Tak reti membaca ‘perintah berkanun’ – SILA SUSUN KASUT ANDA DI RAK YANG TELAH DISEDIAKAN. Tulisan dalam Bahasa Malaysia pun masih tak mengerti.

Syukur tong kosong, kalau ada sampah… Tak terbayang kan apa jadinya.

Satu ingatan buat aku.

Dengan penuh kesedaran dan keinsafan aku malu sendiri.

Bila fikir-fikir, macam tu juga lah manusia ni. ALLAH dah beri pesanan, ingatan, arahan dan sebagainya melalui KITABULLAH. Terang lagi nyata. Tinggal kita sama ada mahu membuka MATA, HATI untuk mengambil teladan dan sempadan. Even if AL-QURAN is in Arabic it is not a hindering factor to LEARN, UNDERSTAND AND of course RECITING it. TADDABUR the content… No excuse.

Dan apabila kita tak endahkan PERINTAH ATAU ARAHAN-NYA, tercela nya hidup kita.

Macam kasut aku dan tong sampah.

‘DI TONG SAMPAHKAN OLEH ALLAH’… Fuhhh… I can’t imagine it